Sememangnya emak ayah aku akan menghantar semua anak-anaknya belajar ke sekolah agama. Sekolah ni dipilih kerana itulah sekolah agama yang paling hampir dgn. Kg. Merapoh iaitu lebih kurang 100km. Mereka rasa sekolah agamalah yang terbaik kerana ilmu agama dan dunia semuanya dapat. Harapan mereka agar kami semua selamat di dunia dan akhirat. Begitu murninya harapan mak ayah aku hingga aku dapat merasainya sehingga sekarang.
Namun demikian, jangan pula ada yang marah ye. Ini cuma pandangan aku terhadap mak ayah aku saja. Mak ayah orang lain mempunyai alasannya sendiri jika memilih sekolah kebangsaan. Sudah semestinya mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Asrama yang paling hampir dengan sekolah. Kesian mereka makan mengadap longkang. Di asrama inilah aku menginap semasa Tingkatan Peralihan.
Asrama tepi padang. Semasa aku tinkatan 2 dan 3, aku tinggal di sini. Kat anjung depan tulah bilik aku. Kesian, dah jadi macam ni.
Di situ aku duduk di sebuah asrama yang disediakan. Asrama tu berbangunan batu di tingkat bawahnya. Manakala di tingkat atasnya pula berdinding dan berlataikan papan. Bumbungnya pula drp. zin yg sudah berkarat. Bangunan ini berdekatan dgn sekolah iaitu lebih kurang 50m sahaja. Di belakangnya pula ada sebuah paya yg akhirnya dijadikan kolam ikan.
Berhampiran dgn. kolam itu pula terdapat dua buah perigi yg. menjadi tempat kami mandi dan membasuh pakaian. Walaupun ada tandas, bilik air dan kemudahan air paip tetapi ramai yang suka mandi dan membasuh pakaian di tepi perigi kerana kawasan di situ lapang berbanding di bilik air yang disediakan. Setiap Sabtu, aku akan membawa sebaldi pakaian dan kasut sekolahku ke tepi perigi ini untuk dibasuh menggunakan berus sabut atau plastik dengan sabun buku. Pada masa itu, sekolah ini tiada menyediakan perkhidmatan dobi. Sekarang ini tak tahulah pula.
Air perigi ini agak berbau sedikit airnya disebabkan perigi ini terletak di kawasan tanah paya. Namun aku suka mandi di situ kerana air di situ tak seperti air paip di bilik air yang mengalir perlahan sahaja. Apatah lagi di waktu pagi semasa ramai budak sedang mandi. Aku lebih puas mandi di perigi itu dengan air yang boleh diambil sebanyak mungkin. Masih terbayang bagaimana aku mencedok air di perigi itu menggunakan baldi yang diikat dengan tali.
Satu perkaralah yang aku tak boleh lupa masa mandi kat perigi ni iaitu aku selalu juga terjun ke dalam perigi ini yang dalamnya lebih daripada 10 kaki. Aku buat begitu selalunya di waktu mandi pagi apabila aku terlewat bangun tidur. Oleh kerana takut terlewat ke sekolah, kerap juga aku terjun sahaja ke dalam perigi itu supaya aku dapat mandi dengan lebih cepat. Itupun jika tiada budak lain mandi bersamaku di situlah. Kalau ada budak lain, segan juga aku nak buat begitu.
Walaupun dinding perigi tu berlumut dan licin tetapi aku boleh naik ke atas semula dengan mudah. Caranya ialah aku mengangkang kaki aku untuk menekan dinding konkrit perigi itu sekuat mungkin. Kedua-dua tanganku juga aku depa lalu menekan kuat dinding perigi itu. Kemudian, aku bergeraklah sikit-sikit ke atas hingga sampai ke atas semula.
20 meter daripada kolam tu pula, terdapat sebuah lagi asrama. Asrama tu pula bersebelahan dgn. padang bola sepak awam Pekan Padang Tengku yg. bersebelahan pula dgn stesen kereta api. Setiap kali apabila aku berpeluang balik ke kampung, aku akan melalui asrama dan padang itu utk. ke stesen kereta api.

Gambarku dibilik anjung depan di asrama yang berdekatan dengan Padang Bola Sepak Padang Tengku. Masa tu aku tinggal dibilik itu. Aku bawah sebelah kanan sekali.
Selain aku, ada beberapa orang lagi kawan sekampung atau satu sekolah rendah yang memilih sekolah menengah agama itu. Antara yang aku ingat ialah yang aku panggil Atan Itam, Rosmaini, Norhayati dan Nasrul. Hari pertama aku di sekolah tu, perangaiku masih macam budak-budak sekolah rendah lagi.
Aku masih ingat lagi, aku bermain kejar-kejar naik turun tangga dengan Atan Itam. Maklumlah bangunan kat sekolah rendah dulu langsung tak bertangga. Nak sangatlah weh bermain di tangga tu sebab baru-baru jumpa. Perangai kami yg. pelik tu menjadi perhatian pelajar senior lalu mereka menegur kami supaya tidak berbuat begitu lagi.
Bagaimanapun umur Atan Itam tidak panjang. Tak silap aku, Atan Itam meninggal tak lama selepas itu dalam satu kemalangan semasa dia balik bercuti di kampung.
Semasa di asrama, aku dibenarkan balik ke kampung hanya 2 minggu sekali. Apabila tiba masa balik ke kampung, biasanya aku makan tengah hari di asrama dahulu sebelum pergi ke stesen kereta api. Walaupun hari balik ke kampung ini hari Jumaat tetapi biasanya aku tak akan bersolat Jumaat lagi kerana bimbang tak sempat pula untuk naik kereta api ke Merapoh nanti.
Waktu kereta api tiba rasanya pukul 2.00 petang. Walau bagaimanapun biasanya kereta api ni tiba lewat hingga pukul 4.00 petang pun ada. Jerihlah aku menunggu kat stesen tu. Satu hal lagi, sepatutnya perjalanan ke kampung aku tu kira-kira 2 jam je. Jika bertolak pukul 2.00 petang, aku akan sampai ke Merapoh kira-kira pukul 4.00 lebih lahkan? Tetapi biasanya tidak, aku pernah sampai ke Merapoh pukul 10 malam.
Selalunya apabila tiba di stesen Chegar Perah atau Sg. Temau, kereta api berhenti lama kerana berselisih dgn kereta api dr. Kelantan. Tercongoklah aku kat situ berjam-jam. Bosan betul lebih-lebih lagi kalau tak ada duit untuk membeli air tau makanan. Ha, ha, itulah kereta api masa tu. Sekarang ni tak taulah dah ok ke belum.
Apabila nak pulang ke asrama pula, aku terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi. Ini kerana mengikut jadual, kereta api akan tiba di stesen keretapi Merapoh lebih kurang pukul 5 pagi. Kena bangun awallah weh sebab terpaksa bersiap dan berjalan kaki pula ke stesen yg. agak jauh juga dr. rumah kami.
Belakang, kiri: Aku, Jamil, Saharudin, Mazlan
Depan kiri: ?, Norhayati, Norhayati, Cikgu, Cikgu, ?, Jamilah.
Bawah tu abg cu.
Perangai aku ini menyebabkan pelajaran aku semakin merosot terutama pelajaran yg. menggunakan Bahasa Arab. Aku malas menghafaz dan banyaklah mata pelajaran yang gagal dalam ujian seperti Bahasa Arab, Fekah, Tauhid dll. Akhirnya apabila peperiksaan SRU (Sijil Rendah Agama) tiba, aku tidak dapat menjawab lalu gagal. Manakala peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) pula, Alhamdulillah, aku lulus dengan agak membanggakan juga.
Berikutan dr. kegagalan dalam peperiksaan SRU, aku mula tidak mahu bersekolah lagi. Ini kerana jika aku mahu bersekolah di situ, aku terpaksa mengulang (tidak naik tingkatan) utk mengambil SRU sekali lagi. Malulah aku... Ini ditambah lagi dgn. kes-kes disiplin sekolah yg. menyukarkan aku utk. terus belajar di situ.
Aku suarakan keresahan aku ni kpd. ayahandaku. Ayah berang kerana aku berhasrat utk. berhenti sekolah dan belajar Tabligh ke Pakistan macam saudaraku iaitu Muzapo (Muzaffar) yg. tinggal bersebelahan dgn. rumah kami. Ayah menyuruhku menghubungi abg. teh iaitu Sulaiman yang mengajar di UTM, Shah Alam. Akhirnya abg. teh membawa aku utk. bersekolah di SMA Hisyamuddin, Kelang. Aku dapat naik ke tingkatan 4 kerana sekolah agama kat Selangor mengadakan peperiksaan SRA (Sijil Rendah Agama) semasa tingkatan empat.
Abg. Teh sekeluarga.
Aku terharu apabila mengingatkan abg teh ni. Dia dah meninggal pada tahun 2000 semasa usianya awal 40an. Banyak peristiwa yg. aku lalui bersamanya, isterinya Kak Kiah dan anaknya Aiman. Beliau banyak membantuku. Semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat Ilahi.
Kepada adik-adik, jangan tiru perangai-perangai burukku. Jangan hampakan harapan ibu bapa, OK.
ayah dan emak
Wallahuaklam.
hihihi... aok criter koi mnampor aok yak. sori la...! koi xingat lalu dh weh! koi pun mrokok jge mse tu. mklum la, kununnyer sape yg mrokok, dia lah yg 'terer' & 'hebat'.keknyer xmboh plk adik ngikut yg buruk tu kununnyer. best criter aok ni. cnfirmed la koi xdan lalu nk criter mende2 dh..
BalasPadamnakey sikik2 ter takper ayah beh..bese loh budok2 baru nok naik hehehehe....kalau nok ikutkan track record ayah beh ni..boleh dianggap anak soleh..anak yang berilmu agama tinggi....kome jer tak dan nok skoloh agama..tingkatan satu baru masuk peralihan teruih kene transfer masuk skoloh sains tengku abdullah raub
BalasPadamBro Aku bersekolah di sekolah SMUPT 1975-1978, Berbagai kenangan kepayahan yang di alami dan di tempuhi ketika belajar di sana......
BalasPadamSekiranya ada apa-apa yang ingin berkongsi bersama bolehlah menghubungi saya..
Dato' Mohd Ali Hj Hashim - Email : alibeu22@yahoo.com.my / lhmsb33@streamyx.com
Terima kasih Dato' Mohd Ali. Salam persahabatan.
BalasPadambaru kaweh tau ayoh beh sekoloh agama rupenye,, kaweh ingat lagi dulu ayoh beh study kat rumoh . kaweh ada masa tu sbb kaweh suka main dgn gigi gajoh arwah aki kat rumah tu. bila ayoh beh tak faham arwah ayh teh yg tolong ajr kn.
BalasPadamSekolah agama separuh je...
BalasPadamsy batch 03/07,,mse tu, asrama lama lelaki ni ade lagi. slalu la jdi tmpt sy ponteng perhimpunan sbb lewat sampai skolah walaupun rumah dkt situ je.hehehe,,skrg da xde,,da dirobohkan buat asrama perempuan.. selamat tinggal kenangan...
BalasPadambegitulah lumrah dunia. Patah tumbuh hilang berganti. Harap sekolah tu terus menjadi tempat membina insan yang berkualiti dan bertakwa...
BalasPadamsalam.tak sangka macam kena.terutama gambar dalam kelas april 86 tu.mana mereka ya
BalasPadamtak sangka byk kenangan di sana.la ni anak-anak ku semua ku sekolahkan disana kerana bagiku segalanya bermula disana kerana sekrg aku juga seorg pndidik.baru2 ni ketika aku menghdri maj.anugerah cmerlang 2010 ankku. aku kagum krn guruku dulu kini mnjadi guru ankku pula.begitulah besar pengrbanan guru.TERIMA KASIH BUAT GURU SMAPT 1983 HGA KINI
BalasPadamItu biasalah guru kita jadi guru anok kita pula. Tapi ada juga anak murid kita jadi guru kita pula lepas tu. ha ha ha
BalasPadamsempat la dgn mazlan...pelajar cemerlang masa tu..ada yg garang seperti moktar..ye laa masa tu peralihan org terawal duduk diasrama baru bentul L tu...
BalasPadam