Pandangan jalan masuk ke pejabat SMKA SHOAW,
semasa aku pertama sekali melangkah ke sekolah ni pada tahun 1989.
Setelah tamat tingkatan 5 di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin, Sg. Bertih, Klang, aku mengikut abg. teh ke Kuching, Sarawak untuk naik ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SHOAW), Matang. Jauh bebeno aku bersekolah ye. Terpaksa naik belon utk. sampai ke sana.
Kalau baru-baru di Klang dulu, aku sukar nak mengikut gaya cakap canggih tetapi di sini aku terus tak faham apa yg. org. sini cakap. Bahasa Melayu Sarawak ni bunyinya lain sikit. Mula-mula tu entah berapa perkataan je yg. boleh aku faham. Nasib baiklah masih kat Malaysia lagi, dia orang cakaplah Bahasa Melayu biasa dgn. aku. Walau bagaimanapun sebulan dua selepas tu, aku dapat memahami dan mengikut sikit-sikit lohgat mereka. Tak ada masalah sangatlah utk. berkomunikasi dan bergaul dgn. mereka.
Aku tinggal di asrama sekolah tu. Asrama tu bangunan batu 2 tingkat. Bilik-biliknya macam sebuah bilik darjahlah yg. dimuatkan dgn. 15 ke 20 buah katil kalau tak silap aku. Ada juga asrama papan dan bertiang kayu. Aku duduk di tingkat bawah bangunan batu bersama-sama pelajar-pelajar tingkatan 6 yg. lain.
Mula-mula aku sampai ke asrama, biasalah macam-macam soalan drp. pelajar-pelajar sini. Mungkin mereka pelik kenapa aku dr. Semenanjung datang bersekolah kat sini. Aku jawablah apa-apa yg. patut. Rupa-rupanya ada seorang lagi pelajar tingkatan 6 di sini yg. berasal dr. Semenanjung. Namanya Rohaizi. Dia dah lama bersekolah kat sini kerana bapanya bekerja di Kuching. Adanya Rohaizi dapat mengembirakan sedikit perasaanku. Sekurang-kurangnya dia dapat menolongku membiasakan diri dgn. keadaan di sini.

Pandangan dr. satelit sekolah aku masa tingkatan 6.
Tak berapa lama selepas itu, aku dah boleh menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Selain Rohaizi, aku mula rapat dengan beberapa orang kawan seperti Mohd. Nor Tuah. Di mana dia sekarang ye?
Inilah Masjid Kuching dekat dgn. stesen bas tu.
Dua minggu sekali, aku dibenarkan pulang ke rumah. Dari sekolah tu aku naik bas pergi ke stesen bas di Kuching. Tak silap aku Stesen Bas Petra Jaya. Maaflah kalau silap, aku dah lupa. Stesen bas ni dekat dgn. Masjid Kuching, Muzium Sarawak, dan Sg. Sarawak. Kemudian aku naik bas lagi untuk ke rumah sewa abg teh di Lintang Park, Jalan Batu Lintang, Kuching.
Rasanya rumah abg. teh ni taklah jauh sangat dr. bandar Kuching. Perumahan ni dekat dgn. Maktab Perguruan Batu Lintang, Bangunan Seberkas dan Planetarium.
Planetarium Kuching.
Suatu masa dahulu aku selalu berjogging sewaktu petang ke sini.
Pernahlah sekali tu, masa cuti sekolah, aku jalan kaki dr. rumah abg. teh ke stesen bas tu. Saja-saja aku berjalan, boring duduk kat rumah. Penatlah.., berjalan kaki lebih setengah jam. Masa nak balik, aku naik baslah. Kalau ke planetarium tu lagi dekat. Selalu juga bila balik rumah abg teh, petang-petang aku jogging sampai ke sana.
Rasa teruja sangat masa aku pertama kali dapat naik kapal terbang
Selama aku duduk kat sini, adalah 3-4 kali aku balik ke Semenanjung. Merasalah aku naik kapal terbang. Aku ni dr. kecil memang berangan-angan nak jadi pilot. Masa tu pantang ada bunyi jet, terus berlari keluar kelas takut terlepas tengok. Yelah, mana pernah tengok kapal terbang. Kalau sesekali dapat tengok helikopter landing kat padang sekolahpun seronok sangat dah. He, he, itulah antara sebab aku tidak menolak pelawaan abg. teh utk. belajar kat sini. Boleh naik kapal terbang. Kira aku datang sini untuk belajar sambil melanconglah.
Aku ingat lagi kat Kuching ni ada satu tempat membeli-belah yg. popular jugalah. Lebih kurang pekan sehari, tapi besarlah, jenuh berjalan. Namanya Pasar Satok. Aku makan mee kolok kat situ iaitu mee istimewa org. Sarawak.
Kat situ macam-macam aku jumpa yg. tak pernah aku lihat org. jual kat semenanjung. Antaranya yg. masih aku ingat ialah buah durian yg. isinya oren kemerah-merahan, petai biji membujur dan juga ulat sagu. Ulat tu sebesar ibu jari, berwarna putih. Kata orang isinya sedap, rasanya lemak-lemah dan isinya macam telor putih digoreng, tapi tak beranilah aku nak cuba walaupun ada orang cakap halal kerana ia ulat dr. batang sagu.
Pasar Satok
Di belakang pasar ni pula ada tempat org. jual haiwan liar seperti keluang (kelawar besar), babi hutan dan sebagainya. Aku lepak kat situ lamalah, ralik menengok org. jual keluang. Sesiapa nak beli, dia tangkap keluang yg. dikurung kat dalam sangkar tu hidup-hidup. Kemudian, ditakik lehernya dgn. parang hingga putus. Mata keluang tu terkelip-kelip lagi walaupun kepalanya dah putus. Selepas itu, keluang ni disiat kulitnya, dan disiang macam orang siang ayam lah.Merah je dagingnya. Org. islam tak boleh makan daging ni. Tak taulah sekarang ni, ada lagi ke tak tempat tu.

Aku rasa beginilah rupa keluang tu.
Masa kat sekolah ni pun, perangai aku lebih kurang sama je dgn. masa kat sekolah lain dulu. Bila dah lama sikit dan dapat ramai kawan, mulalah aku tak berapa ingat nak belajar. Kisah beginilah yg. rasa berat sikit aku nak cerita ni nanti org. kata aku seronok sangat bercerita kisah-kisah yg. tak elok. Bukan niat aku macam tu, aku cuma nak cerita ttg. kisah aku dulu-dulu jelah. Niat aku sebenarnya macam peribahasa nilah "Yang baik jadikan tauladan, yang tak baik tu jadikan sempadan".
Seingat aku, tak berapa lama lepas tu aku mula ponteng kelas. Aku malaslah nak sebut nama member aku yg. selalu ponteng dgn. aku tu, nanti jadi memburukkan nama org. pula. Dalam sebulan tu, mungkin 2-3 hari jugalah aku ponteng kelas. Biasanya bila ponteng, kami lepak kat semak di luar asrama tu. Banyaklah pagar asrama bocor jadi tempat kami menyusup. Kat luar asrama ni banyak kebun org. Ada jugalah kami mengambil buah-buah kat kebun org. tu. Minta ampun jelah. Nak minta halal pada tuannya tak dapat nak cari dah. Selain tu ada juga kami ponteng dgn. pergi melepak kat bandar.
Satu yg. aku hairan tentang keadaan semak kat sini ialah banyak sangat tumbuh periuk kera. Kalau kat hutan Merapoh rasanya tak pernah pula aku terjumpa tumbuhan ni. Aku rasa periuk kera lebih sesuai tumbuh kat gunung, tempat sejuk sikit. Tapi kat sini, masuk je kat semak tepi asrama tu, dapat lihatlah periuk kera tumbuh merata-rata. Aku saje letak semut dalam periuk kera tu, nak tengok macam mana semut tu menghungkas naik. He, he, jadi ralik jugalah.
Periuk kera banyak tumbuh di semak sekitar asrama.
Ralik aku tengok semut memanjat dindingnya yg. licin untuk melapas diri.
Perangai aku ini tak dapat dihidu oleh abg. teh sehinggalah aku habis sekolah kat situ. Cuma adalah sesekali semasa balik apabila tiba di rumahnya, dia tanya aku merokok ke? Bau rokok kuat sangat. Aku berilah alasan yg. bau ni sebab member aku merokok dalam bas tadi. Aku duduk sebelah dia jadi bau tu melekat kat badan aku. Dia diam je tp. ha, ha, ha, aku rasa dia tak berapa percaya cakap aku.
Ada seorg. cikgu tu yg. nama Haminah tak silap aku. Dia ni cikgu Sejarah. Bersemangat sungguh cikgu ni bila mengajar. Aku selalu tak buat kerja rumah yg. dia bagi. Akhirnya dia tanya aku berapa yg. aku rasa boleh dapat STPM nanti. Aku cakap jelah, insyaallah 5A. Apa lagi dia bengang dan kondem aku. Katanya aku ni nak luluspun susah. Aku sengih jelah. Tapi cara cikgu ni aku tak marah langsung. Aku suka kat dia ni sebab dia mengajar bersungguh-sungguh. Minta-minta ramailah cikgu yg. macam ni kat Malaysia. Memang patut pun dia kondem aku sbb. perangai aku teruk sangat. Aku rasa niat dia hanya utk. mencabar aku saja supaya aku lebih rajin belajar. Alhamdulillah, bila result keluar, subjek Sejarah aku dapat B. Aku nasihatkan budak-budak sekarang, janganlah marah atau cuba melawan cikgu. Nanti ilmu tak berkat, susah hidup nanti.
Muzium Sarawak
Masa aku sekolah kat sini, adalah beberapa tempat yg. aku lawati semasa ikut rombongan sekolah. Antaranya Muzium Sarawak. Bagi aku, ada perkara yg. menarik kat Muzium ni. Banyak kali juga aku datang ke sini. Selain ikut rombongan sekolah, aku pergi sendiripun ada. Apa yg. menarik di sini ialah banyak tengkorak manusia digantung kat para di muzium tu. Rasanya kat Semenanjung tak ada muzium macam ni.
Macam ni tengkorak-tengkorak tu digantung. Ini sikit. Aku tengok dulu lagi banyak.
Tengkorak-tengkorak tu diletak di dalam lingkaran rotan dan disangkut kat para khas. Ada juga rangka manusia disumbat ke dalam tempayan. Katanya tengkorak ni ialah tengkorak pahlawan-pahlawan perang yg. terbunuh dalam pertempuran. Mereka yg. terbunuh akan dipenggal kepalanya dan digantung di para rumah panjang atau di pokok-pokok di kampung mereka. Ini menjadi lambang keberanian dan kekuatan kaum mereka. Selain tu, ia juga untuk menakutkan musuh-musuh. Tak beranilah aku nak ulas panjang-panjang, takut tersalah fakta pula.
Hairannya aku takde rasa takut langsung apabila lalu kat bawah tengkorak tu. Aku dongak ke atas nampaklah lubang mata tengkorak tu, gigi dan sebagainya. Entah-entah dah ada debu atau habuk dr. tengkorak tu yg. aku dah tersedut atau tertelan. Masa kat kg. dulu, akulah antara org. yg. penakut nak tengok jenazah. Kat sini boleh pulak. Mungkin tengkorak ni dah lama dan dah kering. Kemudian dijadikan bahan pameran pula, hilanglah rasa takut.
Selain tu, ada sekali aku pergi ikut rombongan ke Perkampungan Budaya, Santubong, Sarawak. Seronok jugalah kat sini. Kat sini ada model-model rumah kaum-kaum kat Sarawak. Rumahnya dibina besar-besar. Pepalih, tiang rumahnya pun sebesar tiang balak. Bapok besonya. Betul ke rumahnya besar macam tu atau model je dibuat besar. Wallahuaklam... akupun tak pernah sampai ke kampung mereka yg. sebenar.
Aku rasa sesiapa rasa nak melancong ke Sarawak, eloklah singgah ke Perkampungan Budaya ni. Boleh kata di sini dapat tengoklah belaka contoh-contoh rumah kaum-kaum di Sarawak. Selain itu, dapat pula kita tengok demontrasi menenun kain Sarawak, membuat rantai manik dan sebagainya.
Macam ni tempat permainan bergayut tu. Tapi aku rasa tinggi lagi. Ini rendah sangat. Entahlah.
Kalau sesiapa yg. berani tu bolehlah mencuba bergayut kat tali dr. palang kayu yg. dibina khas. Tinggi palang kayu tu hampir 10m kalau tak silap. Aku dah lupa apa nama permainan tu Aku nak juga mencuba. Aku panjatlah palang tu tetapi bila sampai je kat atas, tak jadilah pulak. Apa taknya, sayup je tengok ke bawah. Kalau terlepas tali masa melompat, nahas aku. Tengok org. yg. buat demo tu, biasa je. Yelah itu dah kerja dia.
Banyak lagi tempat yg. aku lawat kat Kuching ni walaupun aku banyak berada kat asrama dan cuma lebih kurang setahun lebih sikit je berada di sana. Pernah juga aku mengikut kawan balik ke kampung mereka tp. takdelah sampai naik bot, dekat je. Pengalaman tu bagi aku biasa je, tak perlu tulislah.
Satu lagi peristiwa masa sekolah ni berlaku pada suatu petang, selepas aku main bola. Aku rasa haus sangat dan terus balik ke asrama. Aku nak cari air kalau-kalau ada saki baki dalam bekas air aku tp. rupanya dah kering. Kat hujung bilik tu aku nampak adalah 4-5 orang kawan aku sedang melepak sambil berborak. Aku tanyalah dia orang kalau-kalau ada air, aku nak sikit. Ada sorang tu cakap, "Ada!, ada!, ambil ni" sambil tunjuk satu plastik merah yg. tersangkut kat tepi katil. Apalagi aku pergilah ambil air tu, ingat air sirap ke?... Aku terus sedutlah strow yg. terkeluar kat plastik tu.
Bila dah 2-3 tegok aku telan, baru aku perasan rasa air ni semacam. Member semua ketawa sambil memerhatikan gelagat aku. Aku buka plastik tu, pepalih rupanya mereka bagi aku minum air Red Indian. Patutlah masam. Aku terus ke tandas dan muntahkan air tu. Yelah, walaupun aku ni nakal tp. aku belum pernah merasa air kencing syaitan tu. Tp. aku rasa aku tak berdosalah sebab bukan sengaja. Aku rasa Tuhan saja nak bagi aku rasa bagaimana rasa air kencing syaitan. Alhamdulillah lah, lepas pada tu aku takdelah teragak langsung nak mencuba minum arak ni.
Allah Maha Pengampun
Bukan niat aku sengaja nak menceritakan keburukan sesiapa. Cuma inilah pengalaman aku. Tak kiralah pelajar dr. Sarawak ke, Semenanjung ke, aku rasa memang ada pelajar jenis suka mencuba perkara-perkara yg. sebegini. Aku bernasib baiklah kerana paling kuatpun aku cuma cuba menghisap ganja, tak lebih drp. itu. Aku nasihatkan kepada budak-budak sekolah yg. nak mencuba atau dah tercuba minum minuman tu, bertaubatlah segera. Rosaklah hidup kita bila menagih menda tu nanti. 40 hari amal ibadat tak diterima tuhan sekali minum benda ni tau. Habislah kita kalau ditakdirkan kita mati dalam masa 40 hari tu. Itulah ada sesetengah org. terus tak sembahyang kerana dah ketagih minum menda ni.
Inilah satu-satunya gambar kenangan semasa aku menuntut
di SMK (A) SHOAW, Matang Kuching, Sarawak.
Aku ke-3 dari kanan.
Lebih kurang 2-3 bulan sebelum aku menghadapi peperiksaan STPM, aku mula rasa bimbang. Aku takut aku gagal kerana selalu sangat culas kelas dan ponteng sekolah. Walau bagaimanapun, aku kurang minat utk. ke kelas, aku lebih rela belajar sendiri masa ponteng kat asrama atau semak kat tepi asrama tu. Aku belajarlah dgn. sorang member tu yg. perangai macam aku juga. Apabila malam, kita orang berjaga sampai pukul 2-3 pagi baca buku. Ada satu bilik kosong yg. kita orang buat utk belajar. Kira jaranglah bercampur dgn. pelajar-pelajar lain ni. Pelik perangai aku ni, jgn. tiru ye.
Masa study kat bilik tu, kami bawa bekal rokok. Rokok tu murah je. Kotak 10 batang tu dalam seringgit je. Rasa rokok ni lebih kurang rasa rokok Gudang Garam tp. lupa dah namanya. He, he, jenuhlah aku merokok masa tu. Masa 3 bulan sebelum periksa tu kami rajinlah belajar tp. belajar cara kamilah. Ponteng tetap ponteng. Culas tetap culas.
Selain tu ada juga aku buat sembahyang hajat malam-malam. Aku berdoa dan telefon mak ayah aku supaya mendoakan kejayaan aku dalam peperiksaan itu nanti. Abg. teh pula membawa mak ayah aku yg. baru pulang dr. menunaikan haji ke rumahnya di Kuching. Bagus abg. teh ni, susah nak cari anak yg. begitu perihatin kepada ibu bapa dan adik-beradik sepertinya. Aku sangat menghargai sifat dia ni. Semoga Allah menerima amalan baiknya dan mengampuni dosanya. Amin.
Gambar aku bersama arwah ayah, Nabil anak saudara aku, kawan baik ayah Pak Teh Hin dan aku kanan sekali. Masa ni aku tolong ayah aku menjayakan tanah di Bekong sementara menunggu result STPM
Akhirnya tibalah masa peperiksaan. Aku menjawablah kertas soalan dgn. seadanya. Nasiblah, kalau ada rezeki aku lepas, kalau tak aku tersungkur...... Selepas habis peperiksaan, aku balik ke Merapoh. Kat kampung, sementara menunggu result STPM, aku menolong ayah aku membuka tanah di Bekong.
******************************************