Kenapa mereka terlalu berani melakukan perkara yang melanggar undang-undang? Adakah mereka ini mempunyai lesen besar untuk membuat apa sahaja termasuklah mencederakan dan menjahanamkan harta benda orang lain?
Adakah tindakan seperti ini menunjuk satu keberanian atau hanya satu tindakan yang bodoh!
Jangan ganas dik!
Aku yakin ini tindakan yang tidak wajar sama sekali. Negara kita ada undang-undang. Oleh itu, undang-undang ini harus dikuatkuasakan tanpa memilih orang. Kita tidak boleh mengambil sesuatu tindakan dengan mengenepikan undang-undang yang ada.
Orang yang melakukan tindakan seperti ini tidak patut dibiarkan dan mereka mesti diambil tindakan berdasarkan undang-undang. Jika ini dibiarkan, sudah tentu akan memburukkan reputasi penguatkuasa atau pihak polis. Keganasan sebegini juga akan menular dan ini sudah pasti menggugat keamanan negara kita yang berbilang kaum dan bangsa.
Media massa utama pula mesti memainkan peranan untuk menonjolkan berita keganasan ini sebagai suatu tindakan yang ganas dan melanggar undang-undang supaya gejala seperti ini tidak menjadi suatu ikutan.
Sebagai seorang warga negara Malaysia, aku terpanggil meluahkan pandanganku tanpa prejudis kepada mana-mana kumpulan. Aku berpegang yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah walaupun kepada keluargaku sendiri.
Seronoknya baca blog En Midie.....sy .boleh bayangkn setiap pengalaman penulis masa kecil....rasa seolah olah mcm diri sendiri yg lalui....teruskn menulis En Midie
BalasPadam