Semasa aku baru sampai ke rumahku lebih kurang pukul 7.30 malam dari balik bercuti di rumah mak mertua aku di Melaka sempana Cuti Tahun Baru Cina 2012, terkejut juga aku apabila terlihat siling bilik anak aku tu begitu basah sekali hingga basah sampai ke dinding dan ada air yang menitis. "Lebat betul hujan kat Temerloh Jaya kali ni, tak pernah-pernah jadi basah bilik anak aku sampai macam ni sekali," fikir ku.
Keesokannya pada hari Selasa, isteri aku beritahu siling kat bilik tu masih basah sangat lagi. hai pelik juga jadi begitu sedangkan malam tadi tak hujanpun. Isteriku suruh panjat ke atas siling tetapi aku memberi alasan tak guna panjat sekarang kerana bukannya boleh kesan di mana bocornya. Tunggulah masa hujan nanti, barulah dapat lihat sendiri air yang mengalir di tempat bumbung yang bocor tu. Sekarang ni mungkin air kat siling tu belum betul-betul kering lagi. Nanti apabila dah betul-betul kering, oklah siling tu. Aku cuba menenangkan keresahan isteriku tetapi akupun sebenarnya naik hairan kenapalah lambat sangat siling ni kering. Macam tak masuk akal je kerana basahnya bukan sedikit tetapi siap menitis lagi airnya hingga terpaksalah isteriku menadah tempat tu dengan besen.
Keesokan harinya lagi iaitu hari Rabu, siling bilik anakku itu masih basah seperti mula-mula kami sampai ke rumah pada hari Isnin dahulu. Weh, misteri sungguh ni! Takkanlah tak kering-kering lagi sedangkan panas terik pada siang hari sejak aku sampai ke Temerloh ni. Apa dah jadi!!!
Oleh kerana aku rasa misteri sangat perkara ni. akupun terpaksalah memanjat ke atas siling rumah untuk mengetahui apa sebenarnya telah berlaku di atas tu. Lama dah aku tak buat kerja panjat memanjat ni. Badan aku bukan ringan seperti dulu lagi. Dahulu kalau setakat memanjat ke siling ni kira mainan aku je tetapi sekarang dalam usia aku yang hampir 42 tahun ni, jadi bimbang juga sebab berat badanku mungkin dah bertambah lebih 10 kg berbanding masa aku umur dalam 25 tahun.
Di atas siling, aku hairan kerana aku lihat siling tu basah betul sedangkan bumbung rumah aku kering amat. Biar betul! mana datangnya air ni!
Berbekalkan lampu suluh kecil yang tak berapa terang, aku cuba mencari punca basah tu tetapi gagal. Aku suluh kat paip air di atas siling itu tetapi tidak kelihatanpun sesuatu kebocoran. Misteri betullah. Oleh kerana tak selesa kepanasan di atas siling itu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengelap sahaja siling tu dengan kain buruk dengan harapan mudah-mudahan siling ni lebih cepat keringlah nanti.
Pada keesokan harinya lagi iaitu pada pagi Khamis, aku jadi betul-betul hairan kerana siling bilik anak aku tetap basah seperti biasa. Aku panjat semula ke atas siling tetapi masih tidak juga mendapat jawapannya. Lantas aku memanjat pula bumbung rumah aku dan terpaksa memijak genting yang panas itu tetapi masih tidak tahu puncanya.
Aku menyentuh kawasan kayu yang basah dan aku dapat rasa sesuatu sentuhan di belakang tapak tanganku. Cepat-cepat aku suluh tanganku, aku nampak kabus berada di belakang tapak tangan aku. Weh, mana datangnya kabus ini? Aku terus menyuluh dan akhirnya aku dapati kabus itu berpunca daripada pancutan air dari paip di atas siling rumahku. Lah... inilah sebabnya rupanya....!
Ha ha ha ha ha! Lucu betullah. Aku ingat apalahhh tadi... Emmm takpalah!
Itulah bukti kebesaran Kalamullah. Alhamdulillah Allah telah selesaikan misteri itu setelah aku membaca kalam Mu. AllahuAkbar. Aku ambil peristiwa ini sebagai iktibar untuk meningkatkan keimananku. Selepas membaca Ayat Kursi dan berharap, Allah telah bukakan jalan. Kan itu suatu bukti kekuasaan MU.
Halus betul bocornya. Manalah aku nampak kat atas siling yang gelap ni. Nampak terang ni sebab aku guna flash kamera.
Inilah peralat yang aku gunakan untuk menyelesaikan masalah siling basah ni.
wah terer deme boleh baiki sendiri je tu hehehe
BalasPadamlaaa... mudah mat weh guna paip jenis ni. menda plastik bukannya besi. kalau aok tak tau, acu tanya cara nok pasang masa beli paip ni di kedai... biasanya tokey tu ceritalah sikit-sikit cara nok pasang.
BalasPadam