Aku sambung balik cerita aku tentang "Tanah Getah Pinggir" Merapoh.
Biasanya aku akan berada di tanah getah pinggir ni sehingga pukul 1.00 ke 2.00 petang. Masa tu bukan seperti penoreh sekarang yang akan membiarkan sahaja susu getah beku dalam mangkuk getah untuk dijadikan getah skrap. Dahulu kebanyakkan penoreh getah akan memungut susu getah kira-kira sejam selepas selesai mereka menoreh. Mereka menggunakan tin minyak gas atau minyak tanah 12 gelen sebagai bekas untuk memungut susu getah.
Masa menolong memungut susu getah ni, aku membawa bekas yang kecil sahaja iaitu tin cat 5 liter.
Satu demi satu mangkuk susu getah aku kutip dari pangkal pokok-pokok getah lalu susu di dalamnya aku tuangkan ke dalam bekas tin cat yang aku bawa. Apabila tin cat itu telah penuh dengan susu getah, aku akan ke pondok mesin getah untuk menuang susu getah dalam tin itu ke dalam bekas atau tin yang lebih besar pula. Banyak kali juga aku berulang-alik ke pondok itu sebelum kerja mengumpul susu getah ini selesai.
Mula-mula ringan saja tin tu tetapi apabila susu getah di dalam tin tu semakin banyak, kehek atau lengohlah lengan aku membawanya. Apatah lagi makin lama, semakin jauh pula aku terpaksa berjalan untuk mengumpul susu getah itu kerana awal tadi aku punggut susu getah yang hampir dengan pondok mesin getah.
Masa mengumpul susu getah tu, kadang-kadang aku sengaja berlumba supaya boleh mengumpul sebanyak mungkin susu getah. Aku kiralah berapa baris pokok getah yang aku berjaya selesaikan. Aku berjalan dengan pantas atau berlari anak untuk tujuan itu. Bagaimanapun pada masa tu akar getah yang timbul dipermukaan tanah dengan keadaan tanah lembab dan licin dapatku redah dengan mudah. Jarang sangatlah aku tergelincir atau terjatuh masa memungut susu getah tu.
Kecekapan inilah yang menyebabkan aku dapat mengumpul susu getah setara dengan mak ayah aku. Malahan ada kalanya aku lebih banyak lagi daripada mereka walaupun pada masa tu mungkin aku baru dalam darjah 5 atau 6.
Begitu jugalah dengan budak-budak lain pada masa itu. Kami dapat meredah semak dan belukar, paya, sungai, meniti kayu, memanjat pokok dan sebagainya dengan cekap. Tidak hairanlah mak ayah pada masa itu tidak begitu risau melepaskan anak-anak mereka bermain ke mana sahaja kerana mereka tahu akan kemampuan anak mereka.
Ada masanya kebun getah ini akan disewakan kepada orang lain. Aku tak boleh lupa peristiwa aku bermain panjat-panjat pokok getah dengan Zul, anak lelaki kepada "Deraman Balak" iaitu salah seorang penoreh yang pernah menoreh di tanah getah pinggir mak ayah aku itu. Masa tu mak ayah aku hanya menoreh separuh kebun getah ini manakala separuh lagi ditoreh oleh "Deraman Balak" dan isterinya.
Zul ni memang cekap memanjat pokok. Dia boleh berjangkit dari satu dahan ke satu dahan pokok dengan begitu yakin sekali. Aku kagum melihatnya bergayut, meniti dahan dan melompat dari satu dahan ke dahan lain dengan begitu berani dan cekap. Aku akui, aku memang tak dapatlah menandingi kecekapannya itu. Dia ni tak ubah seperti beruk, fikirku masa tu.
Dah lama "Deraman balak" ni meninggal dunia iaitu samasa aku sekolah menengah lagi. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah.
Apabila diingatkan kembali masa keciku, terasa pelik pula aku apabila membandingkan dengan anak aku. Usia sebegitu aku dah boleh melakukan kerja seperti itu. Berbeza dengan anak aku, sesekali dia aku bawa ke kebun, nampak sangat kekekokannya dengan suasana di situ.
Aku tengok masa dia berjalan di kebunpun bermasalah sangat. Terlalu berhati-hati takut digigit semut dan sebagainya. Aku dulu sedang dia ni, mana semak yang aku tak masuk. Mana aku fikir sangat tentang gigitan nyamuk atau semut.
Setakat gigitan semut atau kerengga ni langsung tak menjadikan aku takut atau serik untuk masuk ke hutan atau meredah semak-samun. Malahan lebih daripada itu, aku pernah digigit tebuan tanah dan lebah tetapi aku masih suka mengikut mak ayah aku pergi ke kebun atau ke hutan.
Apabila dapat mengikut mak ayah ke kebun, ke paya atau mencari ikan, aku berasa teruja sekali. Di situ aku cuba melakukan kerja seperti mak ayah aku lakukan. Kalau mereka menoreh, aku akan cuba menoreh. Kalau ke sungai, aku akan cuba menangguk ikan dan sebagainya.
Itulah budak dulu-dulu dibanding dengan budak sekarang. Zaman dah berubah. Anak aku orang bandar, aku pula orang kampung. Mana nak samakan. Satu lagi aku tengok anak aku ni memang sensitif betul dengan gigitan serangga. Apabila terkena gigitan serangga, kulit anak aku ni terus merah membengkak selebar duit syiling 50 sen. Emmm... kalau macam nilah, dia kena belajar rajin-rajinlah. Kena cari kerja di pejabat dan sebagainya yang tak ada nyamuk, semut atau kerengga.
Gayanya tak dapat lagi aku nak habiskan cerita ni. Aku sambung balik nanti...

Budok sekarang memanc gitu rodonc..
BalasPadamKoi bawok jugek anok2 koi mandi di alur air di kebun getoh koi di simpang pelangai, yang bongsu siap kena lintoh lagi kuikui..
pasang ubat nyamuk 3 gulung... terjun...
Kecil aku bila mandi di sungai sampai berjam. Anok aku pula suka juga mandi sungai tapi bila lama sikit boleh demam. Lagipun bahaya mandi sungai sekarang ni, penyakit macam-macam berpunca dari sungai ni. Tak terfikir langsung boleh jadi macam ni.
BalasPadam