Apabila kena saman, ramai orang yang tak puas hati. Apatah lagi jika kena saman ekor. Mereka kata tak patut saman ekor ni. Cara ni zalim dan tak bertimbang rasa.
Akupun sependapat begitu. Saman ekor ni memang tidak adil dan satu peraturan yang zalim, bukan bertujuan untuk mendidik rakyat mematuhi peraturan jalan raya. Ada beberapa sebab aku beranggapan saman ekor tu begitu.
Pertama saman ekor ni akan terus dikenakan tanpa diberi amaran. Jika benar tujuannya untuk mendidik rakyat, kenapa kesalahan pertama di laluan itu tidak diberi surat ingatan atau amaran sahaja dahulu. Sepatutnya, jika melakukan kesalahan kedua, di tempat yang sama barulah dikenakan saman. Jika lakukan lagi untuk kali yang seterusnya, nilai saman boleh digandakan atau dinaikkan dengan alasan orang itu degil atau sengaja melanggar peraturan. Aku rasa cara ni lebih berhemah dan berperikemanusiaan.
Kedua, apa yang aku tahu saman tak boleh dibatalkan. Jika itu benar, aku rasa cara ini satu tindakan yang tidak perihatin kepada masalah orang ramai.Ini kerana kadang-kadang mereka memandu melebihi had laju kerana sesuatu yang memaksa seperti hal-hal kecemasan. Aku kira pihak berkuasa perlu mendengar dahulu rayuan mereka untuk dipertimbangkan. Jika ada alasan serta bukti-bukti yang kukuh, apalah salahnya saman itu dibatalkan atau dikurangkan.
Aku dahulu pernah disaman ditempat yang sama dalam masa tidak sampaipun setengah jam. Saman pertama masa perjalanan mengambil anakku di sekolah. Manakala saman kedua pula semasa aku dalam perjalanan balik semula ke rumah. Kenapa satu daripada saman ini tidak boleh dibatalkan sahaja.
Memang aku memandu melebihi had laju 60/kmj tetapi jalan selepas jambatan Temerloh ke Mentakab tu lurus. Akupun bukan bawa laju sangat, dalam 70 ke 80 kmj sahaja, sesuailah dengan keadaan jalan raya yang begitu. Aku rasa dalam keadaan begini sepatutnya aku diberi peluang untuk membuat rayuan. Sekurang-kurangnya satu daripada saman itu dibatalkan sahaja. Barulah orang ramai tidak rasa dizalimi dengan peraturan jalan raya.
Ketiga, kenapa tindakan kepada orang yang tidak membayar saman tidak dilakukan secara berperingakat-peringkat. Aku rasa tiba-tiba sahaja semua orang kena bayar saman sebelum tarikh tertentu sedangkan ada orang lama dan ada orang yang baru kena saman. Sepatutnya tindakkan yang lebih tegas untuk orang yang dah lama kena saman. Selain itu orang ramai mesti dibenarkan membayar saman secara ansuran kerana ramai di antara mereka yang nilai samannya mencecah beribu-ribu ringgit. Cara ini sudah tentu lebih bertimbang rasa.
Bukan salah mereka tetapi dahulu pihak berkuasa seperti tidak mengambil tindakan setegas ini. Pada masa itu ramai yang menganggap jika tidak membayar samanpun tidak akan diambil apa-apa tindakan. Janganlah terburu-buru dalam bertegas sehingga menggunakan pendekatan ala-ala along menuntut hutang.
Bagiku penguatkuasaan peraturan jalan raya amat penting. Saman mesti dikenakan kepada pesalah jalan raya tetapi mestilah caranya lebih bertimbang rasa dan perihatin akan masalah orang ramai.
Dia orang ni along yang kebal....
BalasPadamKoi pulok..sepanjang koi ada lesen...
BalasPadamsekali koi kena 2005, sekali 2010..
sepatutnya itu gambaran koi sentiasa mematuhi peraturan, tetapi tersilap 2 kali.. maksudnya terhanyut terlebih..bukan hobi koi memecut..
tapi kena bayor semachanc..
doh goner? takde aroh la...
x ade tune nya merempit manusia ni ade 1 nyawa sahaja gunakanlah ia ngan elok sape nak tahu aq ske asma aqilah mohd shoed
BalasPadam