Lokasi Pekan Sari Merapoh dulu-dulu.
Di kawasan deretan kedai itulah Pekan Sari Merapoh diadakan pada setiap hari Jumaat sehinggalah kemudiannya berpindah ke Merapoh Lama setelah beberapa tahun Perumahan Merapoh di buka sekitar Tahun 1980.
Meriah sikitlah di slow keretapi tu apabila tiba hari pekan sari. Walaupun orang yang datang berniaga di situ kebanyakkannya orang sekitar Merapoh sahaja tetapi kadang-kadang ada juga orang luar dari Merapoh yang datang berniaga. Antara peniaga yang datang ke situ ialah peniaga ubat.
Aku memang dari kecil lagi suka menengok orang jual ubat ni. Mereka bukan sahaja pandai bercakap tetapi mereka juga selalu membuat lawak dan silap mata menyebabkan aku terus ralik berkerumun sama di situ.
Di pekan sari ini aku pernah melihat orang jual ubat menjadikan air kotor atau air berwarna biru bertukar bersih atau jernih sekelip mata apabila air itu dicampur dengan segelas air putih. Aku tak pasti dia jual ubat apa kerana aku kecil lagi.
Selain di pekan sari itu, seingat aku ada sekali aku tengok orang jual ubat di depan Kedai Pak Cik Wahab di Stesen Keretapi Merapoh. Aku kagum sungguh dengan kekuatan tangannya. Dengan kekuatan hanyunan tangannya, dia dapat memacakkan paku sepanjang 5 inci ke sepotong balak dan sebatang pokok yang ada di situ.
Pakcik Wahab ni ialah seorang India Muslim yang berniaga di kedai Stesen Keretapi Merapoh waktu tu. Lama juga dia di Merapoh tetapi sekarang ni dah berpindah ke manapun aku tak tau.
Memang kuat paku tu terpacak. Dia menyangkut beg plastik yang penuh dengan barang dan mempelawa orang mencabut paku yang terpacak di situ dan aku lihat susah juga orang yang cuba mencabut kembali paku tu.
Kemudian, terkejut aku apabila penjual ubat itu tiba-tiba menanggalkan pakaiannya kecuali seluar dalam di khalayak ramai. Rupa-rupanya dia ingin menunjukkan bodynya yang berketul-ketul kepada orang yang berkerumun.
Tidak lama kemudian, tanpaku sangka seorang anggota polis dari Balai Polis Merapoh yang berhampiran muncul dan menghalangnya dari terus berbuat begitu. Selepas itu dia dibawa ke balai. Aku tak taulah apa terjadi kepadanya selapas itu.
Itulah antara peristiwa dengan orang jual ubat semasa umurku dalam 6 ke 8 tahun di Merapoh.
Minat untuk melihat orang menjual ubat ni berterusan hingga aku sekolah menengah atau remaja. Pantang nampak orang jual ubat, pasti aku akan berkerumun sama hingga habis.
Selepas tamat tingkatan 3 di Padang Tengku pada tahun 1986, aku berpindah belajar ke bandar iaitu di
di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin, Klang. Di bandar, lagilah banyak peluang melihat orang jual ubat ni. Nanti aku akan ceritakan peristiwa aku seterusnya dengan orang jual ubat sekitar Kuala Lumpur pula.
Kadang2 penjual ubat ni mempedooh je tapi koi tetap suke nengok gelagat nye.
BalasPadamKuikui..
BalasPadammujor jantan..kala betina jawaknya ramei la yang berkhemoh sekali tengok sampei habih kuikui
Memang banyok yang pedooh tapi ramai yang percaya. Koi suka menengok je tapi rasanya tak pernoh beli. Sekarang ni tak minat dah.
BalasPadamha ha betoi, betoi!