Lama dah aku tak bercerita pasal masa aku kecil-kecil di Merapoh. Kenangan masa kecil ni sebenarnya samgat indah untuk dikenang. Masa kecil, mana ada masalah. Lantaklah orang lain buat apa atau orang nak kata apa asalkan aku dapat bermain sekehendak hatiku. Yang aku fikir cuma main saje. Mana ada aku fikir pasal tanggungjawab atau masalah. Aku cuma terfikir nak main apa, nak berjalan ke mana dan sebagainya.
Semua perkara aku harapkan mak ayah. Aku berasa selamat dengan kasih sayang dan perhatian mereka kepadaku. Apa-apa masalah aku, aku percaya mak ayah boleh menyelesaikannya. Jadi, kenapa nak susah hati. Senang betul hatiku masa tu. Tiada apa yang hendak dirisaukan.
Akukan budak, memang masanya aku bermain. Orang lain mungkin risaukan aku kerana bermain setiap masa tetapi aku tak nampakpun apa masalahnya. Bagi aku bila besar nanti, aku akan jadilah macam mereka juga. Sekarang ni aku budak lagi, memanglah macam tu.
Begitulah senangnya masa budak-budak. Masa tu kalau dapat berjalan atau merayau-rayau dengan kawan-kawan, itulah yang sangat menyeronokkan. Bila berkawan, mulalah berpakat nak buat sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Masing-masing memberi cadangan. Kadang-kadang aktiviti itu memang membahayakan tetapi dilakukan juga tanpa berfikir panjang. Itulah akhirnya membawa kepada kecederaan dan sebagainya.
Antara aktiviti yang biasa dilakukan seperti memangkah ( baling buah kat hujung dahan pokok dengan kayu) atau mendaya buah seperti buah mempelam jika masa tu musim buah, mandi sungai ataupun memedap (tangkap dengan tangan kosong) ikan terutama apabila musim kemarau.
Bila bertemu kawan-kawan ni kadang-kadang sampai tak ingat nak balik ke rumah. Sedar-sedar hari dah tengah hari atau dah beransur petang. Perut mula pedih tetapi nak balik makan terasa malas pula kerana jauh dan tak puas lagi bermain dengan kawan-kawan.
Jadi, biasanya aku makan apa saja yang dapatlah seperti buah jambu padang, mempelam dan sebagainya untuk mengalas perut. Akibatnya aku pernah pengsan semasa bermain dengan kawan-kawan kerana tak makan nasi.
Kalau berjalan ke rumah kawan, selalu juga aku dipelawa makan tengah hari sekali. Aku bukan reti malu, aku makan jelah bila orang dah jemput.
Ada satu mendalah yang masih segar dalam ingatanku. Aku dan kawan-kawan cukup seronok apabila terserempak dengan menda ni. Apabila menda ni lalu, dari jauh lagi kami dah dengar bunyinya.
Menda yang aku maksudkan itu ialah "Kubota" milik Tok Siak Sulaiman. Tok Siak Sulaiman ni memang seorang yang baik. Dia tak pernah memarahi aku dan kawan-kawan kerana menumpang Kubotanya. Kubotanya tu telah diubah suai dengan memasang tempat membawa barang di belakangnya. Tempat barang tu dipasang dengan dua biji tayar motosikal di kiri dan kanan, disangkutkan pada Kubotanya.
Seingat aku, biasanya dia membawa guni yang penuh berisi padi atau tiang kayu pagar atau rumah. Apabila Kubotanya lalu di hadapan kami, kami akan melompat naik ke tempat barang itu. Rasanya tak pernah dia memarahi kami kerana melompat ke atas kenderaannya yang sedang bergerak itu kecuali menegur supaya kami lebih berhati-hati.
Seronok sungguh menumpang di atas Kubotanya yang berbunyi bising dan bergegar kuat itu walaupun hanya bergerak perlahan. Masa tu memang susah untuk melihat kereta di Merapoh ni, apatahlah lagi dapat menaikinya. Itulah agaknya yang menjadikan kami seronok sangat apabila dapat menumpang Kubotanya itu.
Sekarang Tok Siak itu masih ada lagi tetapi khabarnya sudah lama tidak keluar rumah kerana terlalu uzur. Entah kenapa penglihatanya tiba-tiba gelap-gelita. Sudah berbelas tahun keadaan itu berlaku. Masa baru-baru matanya jadi begitu, ada juga aku nampak dia ke masjid. Sekarang mungkin tidak lagi... Aku doakan semoga beliau sembuh seperti sedia kala serta mendapat pengampunan Allah berkat kebaikan yang beliau lakukan khususnya kepadaku semasa aku budak-budak dahulu...
*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
Koi merase mendrebor Kubota gini.Belakang ter letok treler kenit.Bahan naik beramei.Nok ngono kiri kacik kiri nok ngonok kanan kacik kanan.Stereng bukan ande.Kacik pulok gaye brek basiko....
BalasPadamFelda komeh sebelum tahun 89 pakey enjin kubota tarik dinamo.. malanc jangan cerita la bapok bisingnya..
BalasPadambila api masuk tahun 89 tu memang bapok sunyinya kampueng komeh... :)
Jejaka Desa, Amboi aok gayanya berpengalaman betol dengan Kubota ni yek. Cerita aok tu baru koi ingat balik cara mendrebernya
BalasPadamDon Balon, Serupa jugalah masa baru-baru buka perumahan Merapoh. Satu enjin bekal api ke 4 - 5 buah rumah. Ada masa enjin jadi tersangkut-sangkut sebab ada orang pakai lebih api...