Terima kasih polis

Pengalaman ditahan polis seterusnya berlaku pada pertengahan tahun 1999. Semasa itu aku, isteri dan anakku yang baru berumur 2 bulan dalam perjalanan ke Temerloh dari Felda Sungai Koyan. Kereta Proton Isawara ku penuh dengan sebahagian lagi barang rumah yang mahu dihantar ke Temerloh. Beberapa hari sebelum ini, aku telahpun memunggah barang-barang dari rumah lama ku di Sg. Koyan ke rumah sewa baru ku di Taman Temerloh Jaya dengan sebuah lori enam tayar yang disewa khas.

Sebenarnya perjalananku pada kali ini adalah perjalanan perpindahan kami ke Temerloh. Selepas hari itu, aku dan isteri akan bertugas di Temerloh pula setelah hampir 4 tahun berada di Sungai Koyan. Kami memang memohon untuk bertukar ke Temerloh atas alasan tertentu. Alhamdulillah, permohonan kami itu telah berjaya.

Aku mengikut jalan Sungai Koyan - Kuala Lipis Benta - Jerantut kerana rasanya jalan itu lebih dekat dari ikut jalan Raub. Bagaimanapun jalan yang aku pilih ini akan melalui banyak selekoh tajam yang bermula dari Pekan Benta ke Jerantut.

Masa tu aku rasa dari Sungai Koyan kalau nak ke Temerloh ikut jalan Lipis lagi dekat tetapi jika tengok pada peta google ni pula, rasa lebih kurang je jaraknya dengan ikut jalan Raub tu. Entah-entah ikut jalan Raub dekat lagi. Kawasan yang aku buat garis bulat tulah tempat keretaku ditahan polis. 

Apabila hampir dengan Pekan Benta, aku nampak ada polis buat sekatan jalan raya. Aku dan isteri gelabah jugalah kerana kereta kami penuh dengan barang-barang, tentu akan disaman nanti. Setibanya di tempat sekatan polis itu, beberapa orang polis memandang ke arah keretaku dengan pandangan yang  mencurigakan lalu menahan kami.

Kemudian, seorang anggota polis datang menghampiri lalu bertanya kepadaku "Ke mana dengan barang banyak-banyak ni, encik? "Nak berpindah ke Temerloh, encik. Kami bawa sekalilah barang ni kerana jauhlah kalau nak datang ambil balik. Ini sahajalah lagi barang yang tinggal. Kalau tak, kami tak buat macam ni encik," jawabku sambil tersenyum selamba. " Encik dari mana?," tanya polis itu lagi. "Sungai Koyan," jawabku.

Kemudian, polis itu menasihatkanku supaya berhati-hati sedikit kerana cermin pandang belakang mungkin terlindung. Dia menyuruh aku memastikan cermin pandang belakang dapat dilihat tanpa ganguan. Kalau cermin tu terlindung, dia menyuruh aku menyusun semula barang-barang itu supaya cermin pandang belakang boleh digunakan sepenuhnya.

Aku tengoklah cermin tu walaupun aku dari tadi dah tahu yang pandanganku melalui cermin tu memang terlindung dengan barang-barang di tempat duduk belakang. Bagaimanapun aku beritahu je polis tu yang cermin itu cuma terlindung sedikit sahaja tetapi boleh lagi untuk melihat ke belakang. Tak dayalah aku nak menyusun balik barang-barang kat tempat duduk belakang tu. Bukannya senang kerana ruangnya memang dah cukup-cukup muat.

Nampaknya polis itu berpuas hati lalu membenarkan kami pergi sambil mengingatkanku supaya berhati-hati semasa memandu. Uhh! Lega rasanya kerana aku selamat daripada di saman tadi. Inilah satu lagi contoh polis yang bertimbang rasa dan menggunakan budi bicara yang sesuai dengan situasi pada waktu itu.

Kasihanlah sedikit kepada orang yang tengah berpindahkan. Lainlah kalau mereka buat perkara yang melampau atau terlalu berbahaya. Poliskan cekap! Mestilah mereka dapat menilai sesuatu keadaan tu dengan sewajarnya.

Cara macam ni menampakkan polis tidak mengambil kesempatan atas kesalahan atau pelanggaran peraturan oleh orang ramai. Pendekatan macam ini sebenarnya akan merapatkan lagi hubungan orang ramai dengan anggota-anggota polis. Sebagai sebuah pasukan yang menjaga keamanan negara, kewajaran sesuatu tindakan polis itu mestilah berasaskan kepada timbang rasa. Bukan penguatkuasaan undang-undang semata-mata.

Hapuskan saman ekor.

5 ulasan:

  1. ayat yang paling bawah tu paling bermakna dan mempunyai mesej yang jelas dan mantap...

    kepada abang2 pakcik2 polis diluar..harap bertimbang rasa lah yerr

    BalasPadam
  2. Harak tak ande dah polis cari duit tepi macam dulu2.

    BalasPadam
  3. Polis ni machanc tandan nyor jugek..
    setandan takkan semmer komeng..
    :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih kepada semua yang sudi komen. Memang betul kata demeh. Kita harak poleh akan menjalankan tugas sebaik mungkin. Polehjuga manusia yang bermacam ragam. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Ha ha ha jangan banyok yang tak ok sudohlah....

    BalasPadam
  5. masih ada jg org awam yg mengerti n faham situasi "kepolisan",jika segelintir anggota memang bertugas amanah,baik berintegriti tak pernah di war-warkan,mungkin tlalu sedikit yg begitu.Apakah kerna terlalu ramai anggota yg bersikap negatif?justeru terus di cemuh?kita org awam bersama bertanggungjawab,kerna kita nampak yg jelek aje,anggota yg baik patah hati..."aku buat terbaik,masih lagi POLIS di kutuk,ahhh...buat jahat jg laaa...sama jg dpt...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • *26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) * *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
  • Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
  • Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
  • [image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
  • *Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
  • *Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
  • selamat mengundi pada 9 mei 2018
  • APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
  • Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
  • Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...