Hari ini koi nok bercerita sikit tentang penyakit kanser. Keh rasa kanser ni penyakit lebih menakutkan daripada penyakit HIV. Apabila kena kanser, nampoknya memang takda harapanlah untuk menikmati hidup dengan sempurna. Walaupun dah dirawat. dikimo, dibedah dan sebagainya... kanser iti akan kembali aktif dalam masa yang agak singkat... walaupun sudah mematuhi segala pantang, makan ubat dan sebagainya.
Pandangan aku ni berdasarkan pemerhatian aku ke atas beberapa kes penyakit ini yang dihadapi dalam keluarga aku sendiri. Setelah mereka terkena kanser, bermulalah perubahan yang ketara dalam kehidupan mereka. Mereka tidak sihat sepenuhnya walaupun telah mendapat rawatan yang sepatutnya. Nok makanpun susah kerana banyak hek pantang-larang. Habis menda nok makan weh dah semua tak boleh. Kesian sungguh....
Walaupun berpantang dan makan ubat yang sepatutnya.. ditambah dengan makanan-makanan supplement lain, penyakit itu akan kembali juga dalam masa tak sampaipun setahun.... Setelah itu mereka akan dikimo kembali dan tahanlah sikit dalam 3 atau 4 bulan sebelum merasai kembali kedatangan kanser dalam diri mereka. Begitulah keadaannya bahkan penyakit itu akan menjadi semakin kronik sehinggalah mereka menemui ajal. Innalillahiwainna ilahirajiun...
Berbanding dengan HIV, pengidap boleh menikmati lagi kehidupan mereka jika mereka makan ubat dengan patuh dan teratur. Mereka tidak perlu menjalani rawatan kimo yang menyakitkan dan membosankan itu. Cuma yang menjadi masalah besarnya pula ialah persepsi masyarakat yang cepat melabelkan pengidapkan penyakit ini daripada golongan nagetif, tanpa mereka memikirkan ada di antara mereka itu mengidap berpunca daripada pemindahan darah dan sebagainya.
Jadi pengajarannya.. apabila terkena penyakit tu kita kena insaflah yang kedatangannya itu sebagai amaran yang kita semakin hampir menemui Allah. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan sebagai hamba kita dituntut untuk bersabar dan terus bertaqwa kepada Allah. Ini kerana apabila kita bersabar nescaya kita akan mendapat ganjaran yang tidak terhitung iaitu Syurga.... InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan