Ingat! Doa dan Tawakkal mesti seiring dengan usaha kita. |
Weh lama dah aku tak menulis kat blog ni. Malas betullah sampai takde idea nak tulis apa-apa. Tapi sebenonya aku sayang blog ni lagi. Aku buat blog ni pun dulu untuk mengisi masa lapang je dengan cara yang lebih berfaedah sikit. Mudah-mudahan tulisan, luahan atau pandangan aku terhadap sesuatu perkara atau isu dalam blog ini boleh mendatangkan berfaedah kepada umum. Tapi jika tersilap tu minta maaflah. Teguran amat dialu-alukan tapi biarlah dengan cara yang baik.
Sekarang ni aku berada di Sg. Siput, Alor Gajah, Melaka, kampung isteri aku. Dulu balik kampung ni ada mentua tapi sekarang dia dah tiada lagi. Memang cukup terasa perbezaan suasananya masa dia ada berbanding sekarang. Namun inilah putaran kehidupan, setiap yang hidup pastikan mati. Kita juga akan melaluinya juga. Insaflah Wahai Diri.
Hari ni aku tulis jelah apa-apa yang aku terfikir untuk memeriahkan kembali blog ni. Bantai jelah.
Sesiapa pun ingin sentiasa berada dalam stuasi aman dan bahagian. Namun kenyataannya stuasi tersebut sering bertukar, ada masanya kita gembira dan pada waktu lain kita akan berasa sebaliknya.
Bagaimanapun aku percaya kita sebenarnya boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengecapi kebahagian yang berpanjangan jika ada usaha yang sewajarnya. Usaha tersebut antaranya kita mesti mengenal pasti apakah kelemahan kita untuk mebolehkan kita memperbaiki kelemahan tersebut dengan cara yang paling sesuai. Kedua, kita harus mengetahui apakah keistimewaan atau kelebihan yang kita miliki supaya kita dapat menghargai, memelihara dan menggunakannya sebaik mungkin bagi mengatasi dugaan atau cabaran yang kita hadapi. Ketiga, kita janganlah putus asa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa.
Aku memang yakin jika kita amalkan 3 perkara tersebut, InsyaAllah kita akan lebih banyak mengecapi keamanan dan kebahagiaan.
Namun usaha ini senang diungkapkan tetapi sebenarnya amat payah untuk diamalkan. Realitinya usaha ini akan sering digagalkan oleh kecuaian dan istiqomah diri. Masalah ini berkaitan dengan disiplin dan keazaman diri seseorang.
Keazaman yang "hangat-hangat tahi ayam" takkan berjaya. Tiada disiplin pasti usaha kita gagal. Oleh itu, pastikan dahulu 2 perkara ini betul-betul mantap dalam diri kita bagi menjamin usaha kita berterusan bagi membolehkan diri kita dapat menikmati kebahagian yang berpanjangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan