Meoww.. meowww... meowww.. boleh dikatakan setiap pagi aku mendengar suara itu. Suara itu datangnya daripada Si Citam, kucing peliharaan ku yang aku pelihara sejak ia baru lahir lagi. Pada waktu itu seperti kebiasaannya pada hari cuti sekolah, aku akan keluar ke gerai untuk membeli sarapan. Semasa aku menghampiri rak kasut, tiba-tiba seekor kucing berwarna putih melompat keluar dari belakang rak kasut tersebut. Selepas diperhati, rupanya dinding belakang rak kasut tersebut telah terkopak. Patutlah ada kucing berselindung di sini.
Aku lihat di situ juga ada beberapa ekor anak kucing. Kucing beranak rupanya. Aku membiarkan anak-anak kucing itu di situ dengan harapan ibunya akan kembali mengambil anak-anaknya. Dinding belakang rak kasut kasut yang terkopak itu sengaja ku biarkan supaya ibunya dapat menyusu atau mengambil anak-anaknya berpindah ke tempat yang lebih selamat. Aku juga berharap begitu kerana aku perlu membaiki rak kasut itu supaya ia terus boleh digunakan.
Pada tengaharinya, aku pergi melihat semula anak-anak kucing di rak kasut tersebut. Eh dah tinggal seekor je... Emm, ibunya tengah memindahkan anak-anaknya ni. Biarkanlah, nanti takut pula ibu kucing tu nak ambil seekor lagi anaknya ni. Aku terus masuk semula ke dalam rumah sambil berlidung di sebalik pintu cermin selisih untuk memerhati ibu kucing yang mungkin sekejap lagi akan datang mengambil seekor lagi anaknya itu. Namun hampir 5 minit menunggu, ibunya tak juga muncul-muncul. Dek kerana jemu menyebabkan aku membiarkan sahaja kucing itu lantas membuat kerja-kerja lain.
Selepas Asar, anak kucing itu masih di situ. Dia mula bising, mungkin kerana kehausan dan kelaparan kerana tidak dijengok ibunya. Apasal ibu kucing ni. Anak lain diambil, yang ini ditinggalnya pula. Aku mencubit tengkok anak kucing itu untuk dipindah ke dalam kotak. Aku cuba menitiskan beberapa titis air putih untuk menghilangkan dahaganya. Kemudian aku mengeluarkan semua kasut di dalam rak kasut itu kerana aku akan menterbalikkan rak kasut ini untuk membetulkan dinding belakangnya semula.
Sementara itu, anak kucing itu terus mengeow-ngeow. Anak aku pula sudah beberapa kali memujukku agar mengambil sahaja anak kucing ini untuk dipelihara. Akhirnya aku setuju setelah memikirkan kemungkinan anak kucing ini telah ditinggalkan oleh ibunya. Aku menyuruh anakku membuat susu.
Keesokan harinya, anak kucing ini cirit-birit kerana meminum susu yang tidak sesuai. Lantas aku membeli susu khas untuk anak kucing di farmasi walaupun dengan harga yang agak mahal. Dan bermula daripada itulah aku memelihara anak kucing itu yang aku namakan Citam. Pelbagai cabaran yang ku tempoh untuk membesarkannya kerana Citam seekor kucing yang mudah dijangkiti penyakit kulit. Walaupun makanannya ku beli daripada makanan yang terbaik tetapi Citam sangat sensitif apabila luka. Kucing jantan biasalah asyik bergaduh je untuk merebut betina. Bukan sedikit duit ku habiskan untuk rawatannya walaupun kadang-kadang ditegur oleh isteriku.
Tapi itu semua telah menjadi kenangan. Kini Citam hilang entah ke mana. Tak pernah dia hilang selama ini. Kemungkinan besar dia dah menemui ajalnya. Dia hilang semasa aku membawanya balik ke Melaka. Masa itu Citam berkudis di telornya. Dah berminggu aku biarkan dia dirawat disebuah klinik haiwan di Mentakab. Namun kudisnya tak baik sepenuhnya. Sebelum bertolak ke Melaka, aku lihat Citam hanya banyak tidur dan berehat di rumah sahaja. Biasanya Citam suka merayau-rayau diluar. Aku bertolak dari rumah di Temerloh kira-kira pukul 9 malam. Semasa perjalanan tersebut, Citam sering mengeow menyebabkan beberapa kali aku terpaksa berhenti kerana aku fikir Citam nak terberak. Tapi anehnya, bila berhenti.. tak pula dia berak, malah amat takut keluar dari bekasnya.
Setibanya di rumah aku di Melaka, aku terus membiarkan dia keluar kerana mungkin dia dah tidak tertahan menahan berak. Aku lihat dia terus berjalan ke rumah sebelah, manakala aku tidak menunggu lama kerana perlu mengangkat barang-barang. Aku yakin dia akan balik semula nanti kerana sebelum ini pun Citam dah biasa dibiarkan merayau di kawasan tersebut. Namun sangkaan ku meleset. Sampailah waktu aku mahu berangkat ke Temerloh semula, Citam tak muncul-muncul juga.
Dari segi tanggungjawab aku berasa sedikit lega kerana tak perlu lagi memikirkan pasal Citam tetapi sebenarnya aku berasa satu kehilangan tanpa kehadiran Citam dalam hidup keluarga kami.
*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
Sempat la jgk Ummie tgk Chitam last sblom demeh gi Melaka dulu wpon x dpt pegang...
BalasPadamHari tu mmg x seperti biasa... biasanyer citam ni akan snyap je duduk dlm bekas masa dlm kereta.. tp hari tu beria sgt dia mengeow... smpai kamipun rasa marah... agaknye dia dah nak mati.. kudis kat telornya tu dah merebak sampai ke dlm kot
BalasPadamPd Ummie la kan... jauh lebih baik dia mati bukan depan mata. Kebanyakan kucing tua yg kome prenoh bela last2 mati kat luar; dia x balik terus. Lebih 3 ari x balik tu terus anggap dh xdek jer lah.
BalasPadam