Biasalah macam budak-budak lain, aku suka sangat mandi sungai. Kat situ kita orang main macam-macamlah seperti main sorok-sorok daun, kejar-kejar dan lain-lain lagi.
Ringkas cerita ada sebatang balak besar tumbang kat sungai tu. Kami selalu menyelam di bawah batang balak tu walaupun amat bahaya. Ruang tempat menyelam di bawah balak tu amat sempit iaitu cukup-cukup untuk telus badan sahaja.
Pada suatu hari, entah macam mana semasa aku menyelam kat situ, seluar pendek aku tersangkut pada sesuatu. Mungkin seluar tu tersangkut kat dahan atau ranting patah yang banyak tertindih di bawah batang balak tu.
Inilah Jamban Sekolah di sungai Merapoh tempat di mana aku hampir lemas di bawah sebatang balak di dalam sungai tu. Sekarang ni orang dah tak mandi di sungai lagi menyebabkan sungai ni nampak terbiar sahaja. Dahulu rasanya sungai ni lebih cantik dan airnya lebih jenih.
Aku tersekat lalu meronta-ronta sekuat tenaga untuk melepaskan diri. Alhamdulillah, Allah masih mahu memanjangkan umurku. Akhirnya seluarku terlepas lalu sepantas mungkin aku berenang ke atas permukaan air untuk bernafas. Banyaklah aku tertelan air weh! Aku rasa kalau lama sikit je lagi aku tersangkut kat situ, Innalillah lah aku.
Apabila timbul, aku terus sedut udara sedalam-dalamnya. Walaupun dah sedut udara sebegitu banyak tetapi aku rasa macam tak cukup lagi. Yelah, bekalan oksigen dalam badan atau darah aku dah terlampau kurangkan. Aku bernafas tercungak-cungak beberapa minit sebelum dapat bernafas seperti biasa.
Selepas itu aku berasa amat letih sekali. Tak taulah nak bayangkan macam mana keaadan aku masa tu, dahsyat! Kawan aku semua pelik sebab mereka tak perasan aku tersangkut kat bawah balak tu. Peristiwa tu tak dapat aku lupa sampailah sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan