*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
Inilah tempatmu
Pada malam itu aku ada kerja sikit yang perlu dibereskan. Dua laptop perlu aku format dan install semula setelah hampir seminggu tertangguh kerana pelbagai urusan. Cikgu yang menghantar laptopnya padaku dah dua tiga kali bertanya tentang laptopnya. Malu juga aku kalau lama sangat menyimpan laptopnya itu. Mungkin mereka perlukan laptop itu segera untuk menyiapkan tugas-tugas penting.
Sedang aku leka dengan kedua-dua laptop tu tiba-tiba aku terdengar bunyi handpone isteriku berbunyi. Tidak lama kemudian jelas kedengaran tangisan isteriku di bilik tidur. Terdetik hatiku, apakah peristiwa buruk yang telah berlaku sehingga isteriku menangis. Apakah yang berlaku kepada ibunya yang sedang mengidap kanser? Pelbagai persoalan timbul di benak hatiku tetapi ku diamkan sahaja. Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 12.10 malam.
Sejurus kemudian isteriku menolak pintu bilik lalu memberitahu yang abang mat baru sahaja menghembuskan nafas yang terhakhir. Abang mat ialah suami kepada kakak sulungnya. Umurnya baru menjangkau 54 tahun. Seminggu sebelum ini kami ada balik ke Melaka dan aku lihat dia sihat dan berkeadaan seperti biasa. Terkejut juga aku, apakah yang telah berlaku?
Aku termanggu seketika memikirkan apakah tindakan yang harus aku lakukan. Kemudian, aku menyuruh isteriku bersiap untuk pulang ke rumah mak mertuaku di Sungai Siput, Lubuk China, Melaka. Perjalanan dari rumahku di Temerloh Jaya ke sana biasanya akan mengambil masa 3 jam lebih jika mengikut jalan Triang Kemanyan, Serting, Kuala Pilah hingga ke Tampin.
Walaubagaimanapun setelah berbincang dengan isteriku, aku mengambil keputusan untuk mengikut lebuh raya ke Kuala Lumpur. Rasanya ikut jalan ini lebih selamat memandang pada waktu itu hari sudah awal pagi. Dengan mengikut jalan ini, masa perjalanan akan bertambah lebih 1 jam. Takpalah, yang penting kami rasa lebih yakin apatah lagi jika terjadi suatu yang tidak dijangka seperti tayar pancit dan sebagainya seperti yang pernah berlaku di Felda Kechau dahulu.
Hampir pukul 1.00 pagi barulah kami bertolak dari rumah. Aku mula rasa mengantuk tetapi ku gagahi juga apabila melihat isteriku tidak henti-henti teresak. Setelah hampir sejam memandu akhirnya aku berhenti untuk tidur selepas tol Karak. Oleh kerana mengantuk, lebih 7.00 pagi barulah aku sampai ke rumah mertuaku. Aku terpaksa berhenti di beberapa tempat lagi untuk tidur. Kalau paksa memandu juga, aku takut kemalangan pula nanti.Kami solah subuh dan minum di R&R Nilai.
Sepanjang perjalanan, aku dan isteri selalu berbual tentang kematian. Semakin hampir ke rumah mertuaku, semakin berdebar hati ini kurasa. Setibanya di perkarangan rumah mertuaku, kereta telah banyak di situ hingga aku terpaksa mencari tempat parking yang lebih jauh.
Sejurus membuka pintu kereta, aku terus melangkah ke rumah mertuaku. Jelas kelihatan sekujur tubuh terbaring diselimuti kain di ruang tamu semasa melangkah di pintu rumah. Beberapa orang kelihatan membaca Yassin untuk arwah. Aku terus sahaja ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kemudian, aku terus ke sisi jenazah untuk membaca Yassin. Aku pandang wajah abang mat yang ditutupi kain jarang. Dapatku lihat di balik kain itu mukanya pucat dan kaku.
Begitulah kehidupan ini. Makhluk yang hidup pasti akan binasa. Apa yang ada pada kita? Semuanya hanya pinjaman. Harta, pangkat, muka yang elok, ilmu, kepandaian, kecerdikan dan sebagainya semuanya anugerah Allah.
Sebagaimana abang mat, begitulah akan kita lalui nanti. Jika melihat pada keadaan abang mat, tiada siapa menyangka dia akan pergi. Sebelah pagi dia boleh melakukan rutin hariannya seperti biasa. Pergi ke kedai, datang ke rumah mertuanya, membeli surat khabar dan kuih dan sebagainya. Tanpa di duga sebelah malamnya dia pergi untuk selama-lamanya dengan hanya tampak sakit dalam masa tidak sampaipun 3 jam.
Apa guna kesombongan ini? Apa yang ada padamu? Apa yang boleh kamu lakukan? Lihatlah lubang kubur itu. Sempit dan sendirian. Mampukah kita menghalanginya. Emmm tidak sama sekali bukan? Beranikan kamu membuat onar sedangkan sudah pasti kamu akan tewas di lubang yang sempit itu. Insaflah...
Mengapakah begitu ramai yang bongkak dan berbuat maksiat sedangkan dia tahu dia tidak berdaya langsung suatu hari nanti. Adakah dia menyangka apa yang dia dapat daripada usahanya? Jika itulah anggapannya, cubalah usahakan daripada terlepas daripada mati. Pergi jahanamlah sama bongkak itu. Aku ingin menjadi hamba yang amat merendah diri padamu Ya Allah. Selamatlah aku daripada seksaanmu. Kasihanilah hambamu yang lemah ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mohlah ikut aku!
Catatan Popular
-
Macam biasalah musim-musim cuti ni banyaklah orang buat kenduri kahwin. Seronok juga aku bila pada cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini (2...
-
Masa aku kecil-kecil di Ulu Kumbang dulu, jenuh juga aku merasa lauk kancil ni. Ayah aku memang pandai benar buat perangkap kancil ni. H...
-
Hari ini aku nak cerita sikit macam mana aku buat kelubi jeruk. Kelubi ni aku beli kat gerai orang asli tepi jalan menuju ke Gambang dari K...
-
Akar tuba. Antara aktiviti yang tak dapat aku lupakan di Merapoh ni khususnya di Ulu Kumbang ialah menuba ikan. Menuba ikan ni biasanya...
-
Pandangan jalan masuk ke pejabat SMKA SHOAW, semasa aku pertama sekali melangkah ke sekolah ni pada tahun 1989. Setelah tamat tingkata...
Mohlah jengok!
-
-
Henry Ridley and houseboat, Kuala Tembeling, Malaysia, 1911 Henry Ridley berdiri di tepi rumah bot di Kuala Tembeling di Malaysia, tahun 1911. Beliau me...
-
Halo…Slot Mudah Menang (nonton channel Youtube Slot Mudah Menang)…nice to meet you bagi seluruh pembaca blog ini. Bersama ini penulis sharing informasi pen...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia... UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
-
[image: https://drive.google.com/file/d/1gARq5pZPyhDgD94uQfTTxQGasdWyWma6/view?usp=sharing] Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat semua. Sila klik...
-
*Seei Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2020 SK St Mary Kuala Lumpur* *Tarikh : 6.3.2020* *Hari : Jumaat * *Tempat : Dewan St Mary*
-
*Ogawa BG330DT Brush Cutter * Tu dia brand or model mesin rumput yang aku beli baru baru ini. Ini hasil mentelaah pak cik google dan menginterview abam aba...
-
selamat mengundi pada 9 mei 2018
-
APO DAH JADI BLOGSPOT NI MARIN KOBA NAK TUTUP TGK2 ADO LAIE SERUPO IDUP SOGAN MATI TAK MAU TAPI LOBIH TORUK DARI PARTI SUCI TERKONTUT PUN TIDAK..SENDAWO P...
-
Pohpalehh.... Melantung baunye. Dah bubuh bagei gaye dak Awang. Tak amboh ilang jugek. Sabun cak kapok te dah pipih sentei dak Awang ghate ke seme badan ny...
-
Makmur Guesthouse turut menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Bilik-bilik ini terletak di kawasan rumah pemilik. Lokasi Makmur Rooms adalah di Kampung Ba...
-
Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
-
-
Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
-
Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas ...
-
27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
-
*6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
-
ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
-
Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
-
*KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
-
Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
-
Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
-
Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
-
Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
-
*...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
-
*Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
-
Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
-
Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
-
*Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...
-
-
-
-
AlFatihah..Takzioh dari koi...
BalasPadamTerima kasihlah...
BalasPadam