Pada suatu hari semasa aku berada rumah mak mertua aku kat Melaka, tiba-tiba je isteri aku datang dekat aku sambil tergelak terkekeh-kekeh. Rupa-rupanyanya dia baru mendengar satu cerita daripada anak saudaranya Mira tentang pengalaman benar seorang cikgunya semasa khutbah Jumaat. Dia nak ceritalah padaku pula cerita yang sangat menggelikan hatinya tu.
Ha ha ha akupun tergelak sakan hingga keluar air mata apabila mendengar cerita tu. Padaku cerita itu amat melucukan. Rasanya kalaulah aku ada di situ semasa kejadian, mungkin akupun sama tak dapat menahan ketawa.
Menurut ceritanya, kejadian lucu ni berlaku di sebuah masjid semasa imam sedang membaca khutbah Jumaah. Imam yang membaca pada kali itu sudah berumur. Setelah beberapa minit imam membaca khutbah, tiba-tiba je imam tu tergagap-gagap. Semua makmum memberi tumpuan untuk mendengar apa sebenarnya yang ingin disebut oleh imam tersebut.
Imam tu menyebut koo.. kooo... .... komee. ko..metot! Apabila terdengar je imam tu menyebut kometot, ramai makmum yang tak dapat menahan ketawa walaupun mungkin masing-masing sudah mencuba untuk menahannya. Makmun tahu bahawa sebenarnya perkataan yang sepatutnya disebut oleh imam itu ialah komited tetapi disebutnya kometot pula. Maklumlah imam dah tua, dia mungkin tak biasa dengan istilah ini, lebih-lebih lagi apabila ejaannya dalam tulisan jawi.
Sehinggakan semasa solat, masih terdengar sikit-sikit orang terketawa termasuklah cikgunya kerana teringat peristiwa tu.
Agaknya pada hari tu ramailah orang yang terbatal solat Jumaat kerana Imam salah menyebut komited tetapi tersebut kometot!
Wallahuaklam!
*26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) *
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di *Sini*. Mala...
Dah ke gone.Bahase ter modan sangat...
BalasPadamHa ha!
BalasPadam