Merdeka!
Mat Kilau, salah seorang pendekar di negeri Pahang menentang penjajah.
Sebenarnya tak reti aku nak cerita pasal Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita tercinta ni. Apa yang aku tahu apabila tiba hari ulang tahun kemerdekaan negara kita ni, aku akan cuti. Ini memang dah berlaku sejak zaman aku sekolah lagi sampailah sekarang.
Hari nilah aku dapat tidur lebih sikit daripada biasa. Lepas tu bila bangun, biasanya aku tengoklah tv untuk menonton sambutan kemerkaan yang ditayangkan di kaca televisyen. Jadi hari ini memang menggembirakan akulah, sebabnya aku dapat cuti dan berehat bersama keluarga.
Aku bersyukur sangatlah negara kita telah merdeka daripada penjajahan. Bagaimana keadaan negara kita ni sebelum merdeka? Tentu dah jauh sangat bezanya dengan keadaan sekarangkan!
Emak aku cakap zaman dijajah oleh Jepun lebih teruk daripada zaman dijajah oleh orang putih. Katanya zaman orang putih menjajah dahulu orang ramai tidak berasa takut seperti pada zaman penjajahan Jepun. Masa zaman Jepun orang takut sebab kalau tersilap sikit kena penampar Jepun. Ada juga yang kena lebih teruk lagi seperti kena minum air sabun atau kena pancung kepala.
Keadaan susah di zaman sebelum merdeka dan di awal kemerdekaan negara kita ni selalu aku dengar daripada cerita-cerita orang lama. Selain itu daripada gambar dan tontonan cerita-cerita lama juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepadaku tentang keadaan orang zaman itu.
Memang susah orang zaman tu weh. Tengok dalam cerita-cerita P.Ramlee, kebanyakkan rumah orang zaman tu hanya seperti pondok usang yang beratapkan daun rembia. Tinggal pula di kampung-kampung yang serba kekurangan. Hanya di sungai atau perigi air diperolehi untuk minuman dan masakan, selain menjadi tempat mandi dan membasuh pakaian . Jalannya pula hanya denai-denai dan tiada kemudahan elektrik. Budak-budak pula bermain di halaman rumah dengan tidak berbaju. Begitulah gambaran kehidupan orang kampung di zaman itu. Jadi cubalah bandingkan keadaan itu dengan keadaan kita sekarang. Tentu nampak kemajuannyakan.
Aku sebenarnya dapat merasa juga keadaan seperti itu semasa aku kecil-kecil dulu. Masa tu aku tinggal di Ulu Kumbang. Kebanyakkan rumah orang masa tu sama seperti dalam cerita P. Ramlee tulah. Pakaian jarang sangat berganti kecuali pada musim raya. Baju, kain dan seluar pula akan dipakai selagi boleh ditampal. Budak-budak pergi ke sekolah pula pakai kasut rubber.
Taklah macam aku sekarang ni, kain baju tak cukup satu almari besar tiga pintu. Bila teragak nak beli baju atau seluar, pergi jelah ke pasar raya berdekatan yang tak sampaipun 15 minit menggunakan kereta. Anak aku pula umur tak sampaipun tiga bulan dah berjalan sampai ke Kuala Lumpur dan Melaka. Pendek kata banyak sungguh mudahnya jika nak dibanding dengan zaman dulu.
Bersyukur aku dengan kemerdekaan ini. Hasil kemerdekaan ini, kita dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran yang tidak boleh aku nafikan. Bagaimanapun aku berasa amat bimbang tentang beberapa isu yang semakin hangat sejak akhir-akhir ini.
Pertama, perpaduan antara orang Melayu nampak seperti semakin berpecah-belah. Antara puncanya adalah kerana fahaman politik yang berbeza. Mereka berpecah kepada UMNO, PAS, dan PKR. Bagaimana kita nak menjadi kuat jika kita berpecah-belah. Oleh itu, marilah kita kembali semula bersatu dengan menjadi Al-Quran dan Sunnah sebagai tunjang peraduan. Yang benar, cakaplah benar dan yang salah mengaku ajelah. Janganlah kita sanggup menegakkan benang yang basah semata-mata kerana kepentingan peribadi dan duniawi. Oleh sebab kepentingan itu, kita tidak sanggup menegakkan kebenaran tetapi sanggup pula mengorbankan kesucian agama dan maruah bangsa kita. Mohlah kita sama-sama berjuang menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Marilah kita bepakat elok-elok.
Rasanya eloklah aku tangguh dulu catatan aku ni. Sebenarnya aku banyak kerja ni. Aku sambung balik nanti dengan isu kedua dan seterusnya mengikut pandangan aku. Maaflah ye!