Hasif berborak dengan wannya.
Banyak cerita orang-orang lama ni menimbulkan kepelikan kepada budak-budak!
Tiba-tiba aku terdengar budak memanggilku "Pak cik Midi!" Pak cik Midi! sambil teresak-esak. Aku selak langsir tingkap lalu nampaklah seorang budak umur dalam 6 tahun menangis di pintu pagar rumah aku. Pelik sungguh aku, hari masih gelap, buat apa budak tu kat situ!
Rupa-rupanya budak tu anak jiran selang tiga buah rumah dari rumah aku. Aku terus bertanya, kenapa dia menangis? Diapun ceritalah tetapi tak berapa jelas sebab dia sedang menangis. Abah takda! Abah takda! Berderau darah aku sebab aku sangka abahnya meninggal dunia mungkin kerana serangan jantung.
Tengah aku nak buka kunci pintu tiba-tiba budak tu belah macam tu je. Rupa-rupanya kereta abahnya entah dari mana sampai ke rumahnya. Dalam cahaya pagi yang masih samar-samar, aku nampak abahnya ok je keluar dari kereta. Pelik-pelik!
Itulah cerita pelik yang baru berlaku pada Subuh tadi. Sekarang aku cerita pula perkara pelik yang berlaku pada petang Khamis baru-baru ni. Lebih kurang pukul 6.30 petang, tiba-tiba aku terdengar seseorang memberi salam di hadapan pintu rumahku. Aku menjawab salam sambil menuju ke muka pintu.
Tanpa disangka rupa-rupanya seorang jaga di tempat aku bekerja datang ke rumah pada waktu senja itu. Mengapa tiba-tiba je dia datang ke rumahku senja-senja macam ni? Dia terus menyapa "Haaa cikgu, boleh saya masuk sekejap? Aku tersengih lalu pergi mengambil kunci pintu. Aku jadi hairan kenapa aku terbau masam sangat semasa dia bercakap tadi. Dia ni mabuk agaknya!
Apabila tiba di pintu semula, dia terus bercerita yang motosikalnya rosak dan sudah dua hari dia tidak datang bekerja. Anaknya juga sakit dan terpaksa dibawa ke klinik. Rupa-rupanya dia nak meminjam motosikal aku. Aku tersengih tanpa berkata apa-apa beberapa ketika sambil berfikir macam mana nak beritahu yang aku tak izinkan.
Akhirnya aku kata jelah "Maaflah! Tak boleh" Aku lihat mukanya berubah daripada tersenyum kepada muram sambil menunduk. Pada masa tu bau masam begitu kuat menusuk ke hidungku. Aku suspen apabila tangannya nampak memegang sesuatu di belakang pinggangnya. Mungkin pisau dan aku dah bersedia nak terajang je dia ni.
Aku lega apabila tiba-tiba dia beredar sambail berkata "Takpalah cikgu, saya balik dulu!" dengan suara yang sayu. Sedih juga aku tetapi nak buat macam mana, aku tak percaya langsung kepadanya apabila terhidu bau arak tu. Apatah lagi hutangnya rm80 denganku dah bertahun tak dipulangkan. Sebenarnya aku dah kenal lama dengannya cuma aku tak berapa pasti perangainya macam mana. Apa yang aku dengar dia ni memang kaki botol.
Esoknya iaitu pada pagi Jumaat, aku mendapat tahu sebenarnya jaga ni dah bertukar ke Bukit Damar. Semalam dia ada bersalam dengan cikgu-cikgu lain sambil memberitahu hari ini adalah hari terakhir dia bertugas di sekolah ni. Oooh! kalau macam tu dia ni memang penipu besarlah. Mungkin dia dah merancang nak kebas motosikal aku tu. Alhamdulillah, selamat moto aku!
Satu lagi menda pelik berlaku di gerai Bukit Angin Temerloh semasa aku minum bersama kawan-kawan. Tengah berborak-borak terkejut aku bila dengar perempuna menjerit "Man mengamuk! Matilah, Man mengamuk" sambil menangis dan menuju ke gerai tempat kami minum. Perempuan tu terus masuk ke dapur gerai. Masa tu aku suspen juga takut ada orang datang mengamuk dengan parang datang ke gerai ni. Syukur hingga selesai minum, tiada orang mengamuk datang ke gerai tu.
Oklah itulah ceritanya. Isteri aku dah bising sebab sebenarnya pagi ni kami nak Shopping Hari Raya di KL. Bye.
mcm2 peliknya. molek memandu tu
BalasPadampelik jugek tu..hmm
BalasPadamIsk...Tak terpikir dek akalku...
BalasPadamJangan lupe ambik award kat blog koi..