Inilah buah mangga depan rumah aku. Aku ingat pokok mangga ni jantan sebab tak berbuah-buah. Pokok mangga jiran aku tu berbuah lama dah. Alhamdulillah akhirnya berbuah juga dia.
Petang tadi, satu lagi kejadian pelik aku saksikan. Lebih kurang pukul 5.30 petang tanpa disangka seorang kawan aku datang ke rumah. Masa tu aku baru bangun tidur. Aku ni memang selalu tidur petang. Kalau tak tidur, badan rasa letih semacam je.
Dia datang ke rumahku kerana nak belajar daripadaku tentang cara nak buat blog. Selain itu dia nak aku burn cd Windows 7 untuknya. Aku layan jelah kawan aku ni. Sebenarnya sebelum ini dah beberapa kali aku ajarnya membuat blog tetapi dia ni tak reti-reti juga. Aku sendiripun naik malas dah mengajarnya tentang perkara yang sama.
Lepas melayannya lebih kurang, akupun ajaknya mengeteh diluar. Aku naik kereta dia ke sebuah gerai berhampiran dengan rumahku. Masa mengeteh tu dia ada tanya aku tentang pokok mangga di depan rumahku yang adalah berbuah sebiji dua. Aku ceritalah pokok mangga aku tu berbuah sikit je tetapi pokok mangga jiran aku lagi banyak berbuah. Dia tanya juga macam mana nak buat jeruk mangga dan cicah apa paling sedap untuk makan dengan mangga ni. Aku jawablah apa-apa yang patut sekadar yang aku tahu.
Lepas mengeteh dia terus menghantar aku balik ke rumah. Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 7.00 malamlah. Semasa aku memberi salam di depan rumah aku, aku berpaling ke arah keretanya yang masih berada di hadapan rumahku. Pelik juga aku kenapa keretanya tak bergerak lagi. Keretanya rosak ke?
Tiba-tiba aku ternampak dia terbongkok-bongkok di bawah pokok mangga jiran aku dengan memegang beg plastik. MasyaAllah, dia mengutip buah mangga muda di depan rumah jiran aku rupanya. Ada ke patut nak buah mangga orang tetapi tak minta izin dahulu. Tak sekolah ke dia ni!
Aku mula berasa malu sebab takut jiran aku tersalah sangka yang aku menyuruh kawan aku mengambil buah mangganya. Kebetulan masa keluar kereta tadi aku menegur jiran aku tu yang baru balik dari bermain takraw. Lagi malu kalau jiran aku sangka kawan aku tu adalah sedara-mara aku.
Itulah kejadian pelik yang baru sebentar tadi aku alami. Mana aku sangka kerana padaku kawan aku ni baik orangnya. Tak taulah kalau-kalau dia terlupa nak minta izin dahulu sebelum mengambil buah mangga tu. Tapi pelik jugalah kan? Takkanlah itupun boleh lupa!
Ada dua lagi kejadian pelik yang rasanya aku tak dapat cerita pada malam ini. Maaflah aku rasa mengantuk sangat dah. InsyaAllah malam esok aku cerita 2 lagi kejadian pelik tu.
laaa... bior bete rodong aok ter...
BalasPadamKala ye pun nok ngambik ter mintok la dulu weh...
BalasPadambende makan tu weh...
BalasPadam