Meriau 2: Bijih Emas


Oklah, aku sambung balik cerita meriau hari semalam. Nak tau cerita ni dari awal, sila lihat tajuk Meriau.

Selepas berpuas hati dengan tempat meriau yang dicari di sungai tu, pertama, tanah atau batu-batu kasar dibahagian atas haruslah dicongkeh (dicungkil) dan dikuak ke tepi. Kemudian, pasir dilapisan bawah yang bercampur tanah kekuning-kuningan akan diambil untuk diriau. Pasir ni sebenarnya mengandungi bijih emas yang perlu diriau untuk mendapatkannya.

Masa tu air Sg. Merapoh ni jernih. Jadi, kita boleh nampak pasir, batu dan ikan-ikan dalam sungai tu dengan jelas. Manakala di tebingnya pula tumbuh pokok-pokok rimbun yg. menjadikan tempat tu sejuk hingga ke tengah hari. Pada aku seronok duduk di tempat macam ni.

Pasir tu akan dikaut masuk ke dalam dulang. Adakalanya kami terpaksa menyelam untuk mengaut pasir jika tempat tu dalam. Kemuadian, pasir tu akan dibawa ke tepi tebing untuk diramas-ramas dan dikincah supaya tanah-tanah yang melekat pada pasir tu tertanggal.

Selepas itu, dulang akan dilenggang dan digoyang-goyangkan supaya batu-batu kasar yang bercampur dengan pasir yg. ada di dalamnya naik dipermukaaan. Kemudian, batu ini akan dibuang. Proses tersebut diulang beberapa kali sehingga yang tinggal di dalam dulang tu hanya pasir-pasir yang memutih sahaja.

Seterusnya kerja mendulang pun dilakukan. Aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana cara mendulang ni tapi aku cuba jugalah. Begini, masa mendulang, kita mesti menatang dulang yang penuh pasir tu dengan kedua tapak tangan di kiri kanannya. Kemudian, dulang tu akan dihayun membulat di atas air.

Air perlu masuk sedikit-sedikit semasa menghayun dulang tu supaya batu atau pasir kasar akan dibawa keluar bersama air tu sedikit demi sedikit. Akhirnya hanya bijih emas bercampur pasir hitam sahaja yang tinggal dipantat dulang tu. Aku bukan mencarut ya, memang itulah panggilan bahagian tengah dulang yang cembung tu yang akhirnya bijih emas akan terkumpul di situ di akhir proses meriau.

Bijih emas yang bercampur dengan pasir hitam dipantat dulang tu akan dikumpulkan ke dalam bekas. Aku rasa pasir hitam tu adalah bijih besi kerana ia akan melekat pada besi berani apabila didekatkannya.

Nak mengangkat dulang yang penuh dengan pasir dan batu ni bukannya ringan. Masa angkat di dalam air pun dah terasa berat, apatah lagi masa di di tebing. Aku tak pastilah berapa dulang mak ayah aku meriau dari pagi hingga ke Zohor. Agaknya adalah 15-20 dulang seorang. Sebelah petang, tambahlah lagi 10 dulang agaknya. Kerja ni kira kerja berat jugalah.

Semua bijih emas yang diperolehi itu akan dikumpulkan di sebuah bekas yang diletak ditepi tebing. Biasanya bekas ni daripada tempurung yang bahagian dalamnya dikikis licin. Aku ingat lagi dalam bekas tu mak ayah aku letakkan seketul dua batu sungai sebesar ibu jari kaki. Mungkin untuk memberatkannya supaya ia lebih setabil atau tidak mudah terbalik apabila diletak di tempat yang tidak rata.

Selepas makan tengah hari dan sembahyang Zohor, kami sambung balik kerja meriau ni hingga kira-kira pukul 6 petang. Hebat mak ayah aku ni. Tahan mereka berendam dalam air selama itu. Kadang-kadang tempat meriau tu dalam hingga paras dada. Kami terpaksa menyelam untuk mengaut pasir ke dalam dulang tu dan mengangkat dulang tu naik. Tenggelam timbullah kami untuk memenuhkan pasir di dalam dulang tu. Aku sebenarnya lebih banyak bermain daripada menolong mak ayah aku. Aku pun tak tahan berendam dalam air Sg. Merapoh ni lama-lama.

Seronok lepak kat tepi sungai jernih dan sunyi daripada bunyi kenderaan. 
Ralik menengok gelagat burung, tupai, ikan dan macam-macam lagi kat situ.

Kerja meriau ni berlarutan hingga berminggu-minggu. Sebelum balik ke rumah, alat-alat yang berat seperti dulang dan cangkul kami sorok di dalam semak ditepi sungai tu. Selain itu, bijih emas yang ada dalam bekas tu akan di cuci oleh mak ayah aku. Jadi, emas yang terkumpul tu akan diayak (didulang) sekali lagi untuk membuang tahi emas (pasir hitam) yang ada bersama bijih emas tu. Kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya emas itu tidak tertumpah. Emas yang telah bersih itu mak ayah aku akan bungkus dengan daun seperti Daun Puyuh.

Nampaknya cerita ni masih panjang lagi. Sambung balik esok, Insyaallah.

Sambung baca. Klik!

3 ulasan:

  1. koi ngikut juge keknyer koi malas. koi byk ngelat je. xtahan sejuk.

    "Akhirnya hanya bijih emas bercampur pasir hitam sahaja yang tinggal dipantat dulang tu..."

    ooo... aok mencarut ye... koi report ke mok! hehehehe...

    koi amik criter ni nanti.

    BalasPadam
  2. Weh koi bukan mencarut. Pantat tu juga maksudnya bahagian bawah dok?

    BalasPadam
  3. seronok membace kisah aok ni...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • 22 March 2025-23 March 2025(cerita fresh from farm, sebelum ni asyik throwback je) Salam Ramadhan Makcik ajak Daus menginap semalam di Sheraton PJ. Saj...
  • ปั่นสล็อต แจ็คพอตแตกไวทำยอดได้หลักล้านต่อวัน บริการครบค […] The post ปั่นสล็อต แจ็คพอตแตกไวทำยอดได้หลักล้านต่อวัน บริการครบครัน appeared first on A+ เกมอ...
  • [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUAL...
  • Sila muat turun "Syair Perang Musuh Bisik" versi Jawi dalam format PDF, kik DI SINI Untuk muat turun syair dalam bentuk aplikasi Android di Google Play, s...
  • Alhamdulillah... Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membina sebuah rumah untuk isteri aku walaupun hanya rumah kampung je, syukur. Hasrat keluarga mentua a...
  • Hujan lebait enjak malang semalang lagi. Sampei ke siang tak beghenti. Bingit bunyi atak zing. Ander kecak-kecak air ataih lantei. Taghih sikit. Mok s...
  • Koi Orang Pahang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun baru 2016 akan membawa kita kemajuan dan perubahan yang diharapkan.
  • Harga Terbaru Tiket Tambang Bas 1 April 2015 Semua barang naik, harap gaji pun akan naik jugak ah...hahaha..doa banyak - banyak k...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • *https://www.youtube.com/watch?v=IbldsUPVveo&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHwA&index=5* https://www.youtube.com/watch?v=MzqNnxmdTGk&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHw...
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Al ikhlas Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • DEERLAND KUALA GANDAH HOSPITAL TEMERLOH  ELEPHANT SANCTUARY KUALA GANDAH PEKAN SEHARI TEMERLOH HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM SANGKAR IKAN PATIN...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...