Gua Merapoh

Di kampung aku Merapoh ni memang banyak gua batu kapur. Ada sesetengah gua ni mempunyai lubang yang besar dan menjadi tempat tinggal kelawar. Masa kecil-kecil, selalu juga aku masuk ke dalam gua-gua ni sama ada mengikut ayah aku mencari baja tahi kelawar untuk tanaman padi atau saja suka-suka dengan kawan-kawan. Di bawah ni aku tunjukkan sikit antara gua-gua yang terdapat di Merapoh.

Gua ni orang panggil Gua Lima. Ia terletak paling hampir dengan perumahan Merapoh. Masa aku mula-mula berpindah ke perumahan Merapoh, selalu juga aku pergi ke gua ni dengan kawan-kawan. Di gua ni ada sebuah lubang tetapi kena merangkaklah dalam 10 meter jika mahu masuk lebih jauh ke dalam. Di dalam lubang ini aku jumpa mesin taip lama, mungkin peninggalan zaman Jepun dan beberapa butir mangkuk cina. Di dalam lubang ini juga akan ditemui sebuah tempat takungan air yang jernih apabila merangkak hingga ke hujungnya. Rasanya kalaulah nak dijadikan tempat persembunyian, lumbang ni sesuailah kerana bukan sahaja ianya tersembunyi tetapi juga mempunyai sumber air yang bersih. Lampu picit (suluh) kenalah bawa kerana lubang ni memang terlalu gelap. Nasib baiklah tak ada ular kat dalam gua tu semasa aku bermain kat situ dulu.


Gua ni pula oarang panggil Gua Kopek. Tengok betul-betul mesti tahu kenapa orang gelarnya begitu.


Ini pula Gua Tagang. Zaman aku kecil-kecil, ada juga aku pergi dekat dengan gua ni bersama ayah dan mak aku. Seingat aku di situ banyak pokok kelubi dan pokok tepus. Apabila tiba musimnya, ayah dan mak aku datanglah untuk mengutip buah-buahan tu. Di situ juga ada sebuah gedung (tasik kecil) di mana aku pernah menangguk ikan bersama mak dan ayah aku.

Ini pula Gua Layang. Aku pernah sampai ke puncak gua ni. Aku juga pernah hampir nahas semasa mendaki gua ni. Nak baca cerita aku hampir nahas tu bolehlah klik sini. Masa aku sekolah rendah, aku selalu tengok banyak burung layang-layang terbang ke sana-sini di tepi gua ni. Mungkin inilah yang menyebabkan orang menamakan gua ni Gua Layang.

Ini pula Gua Bekong. Gua ni terletak bersebelahan dengan kebun getah pinggir dan dusun buah ayah aku. Dah tiga kali aku sampai ke puncak gua ni. Seronok juga lepak kat atas gua tu. Boleh nampaklah stesen keretapi, perumahan Merapoh serta menikmati pemandangan luas terbentang. Pernah sekali aku dikepung oleh sekumpulan kera  semasa lalu di belakang gua tu. Masa tu aku berjalan seorang diri. Pucat juga aku. Di sebuah lubang di gua ni aku telah menemui beberapa ketul tulang manusia. Kalau nak tau cerita aku jumpa tulang tu sila klik sini.

14 ulasan:

  1. salam..

    gone aok boleh manjat gunung te weh..nt koi nk bace..heheh nakal jugek yek..

    aok dgn bang pie ke manjat te?huhu

    BalasPadam
  2. real betui gua kopek te aok..hehehe

    BalasPadam
  3. Manjat ikut depan tak boleh. Koi dulu ikut jalan belakang. Mulanya macam mendaki bukit je tapi curamlah sikit. Kena berpautlah pada pokok2 kecik yg tumbuh merata-rata kat situ.

    Dah nak sampai ke atas barulah kena memanjat batu kapur dalam 3-4meter, barulah sampai ke puncak.

    Abg koi tu rasanya tak pernah memanjat gua dgn. koi. Koi manjat dgn kawan2 je.

    Gua bekong tu kali pertama koi manjat sorang2 je. Kali kedua barulah ajok kawan.

    BalasPadam
  4. tentu banyak kelawar dalam gua2 tu.. boleh ambik tahi kelawar buat baja orkid.

    BalasPadam
  5. Sedak amat kala dapat jalan2 ke gunung weh..Sunyi dari bunyi kerete...

    BalasPadam
  6. Gua kopek? Pandai sungguh org yg meletok nama tu..kene sgt2...hehe

    BalasPadam
  7. Memang bagus tahi kelawar ni buat baja. Ayah koi buat baja padi.

    Memang sedak jalan di gunung ni tp letih sikitlah sebab ke memanjat.

    Orang zaman dulu memang terrer. letak namanya tu sesuai amatlah dengan bentuknya yek!

    BalasPadam
  8. Koi balik kelantan berpuluh kali tok perasan pulok bentuk gua tu..mungkin angle koi tok kena atau otok koi memang sentiasa bersih kuikui

    BalasPadam
  9. Kalau aok balik kelantan lain kali, bila dekat je dgn. balai polis atau smk merapoh, tengok2lah ke sebelah kanan, mesti nampok gua tu.

    Kiranya aok ni otok ijaulah dak? Ha ha ha...

    BalasPadam
  10. InsyaAllah koi tengok..
    otok koi warna pearl white kuikui

    BalasPadam
  11. Cantik warna otak aok yek. he he! baguslah...

    BalasPadam
  12. Tumpang tanya, berapa jauh nya gua layang dari kg gua Tagang? T.Kasih

    BalasPadam
  13. bagus citer pasal gua ni ek.... mggu depan nk melawat merapoh so dh dpt sikit info pasal merapoh ni.... seronok yer zaman kanak2 awak ni..... boleh saya tanya apa identiti imej utk bndr merapoh ni? Terima kasih atas maklumat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • เว็บบาคาร่าที่มาแรงที่สุดแห่งปี 2025 รวมเกม บาคาร่าออนไ […] The post เว็บบาคาร่าที่มาแรงที่สุดแห่งปี 2025 รวมเกม บาคาร่าออนไลน์ aesexy เซ็กซี่เกม appeare...
  • 22 March 2025-23 March 2025(cerita fresh from farm, sebelum ni asyik throwback je) Salam Ramadhan Makcik ajak Daus menginap semalam di Sheraton PJ. Saj...
  • [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUAL...
  • Sila muat turun "Syair Perang Musuh Bisik" versi Jawi dalam format PDF, kik DI SINI Untuk muat turun syair dalam bentuk aplikasi Android di Google Play, s...
  • Alhamdulillah... Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membina sebuah rumah untuk isteri aku walaupun hanya rumah kampung je, syukur. Hasrat keluarga mentua a...
  • Hujan lebait enjak malang semalang lagi. Sampei ke siang tak beghenti. Bingit bunyi atak zing. Ander kecak-kecak air ataih lantei. Taghih sikit. Mok s...
  • Koi Orang Pahang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun baru 2016 akan membawa kita kemajuan dan perubahan yang diharapkan.
  • Harga Terbaru Tiket Tambang Bas 1 April 2015 Semua barang naik, harap gaji pun akan naik jugak ah...hahaha..doa banyak - banyak k...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • *https://www.youtube.com/watch?v=IbldsUPVveo&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHwA&index=5* https://www.youtube.com/watch?v=MzqNnxmdTGk&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHw...
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Al ikhlas Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • DEERLAND KUALA GANDAH HOSPITAL TEMERLOH  ELEPHANT SANCTUARY KUALA GANDAH PEKAN SEHARI TEMERLOH HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM SANGKAR IKAN PATIN...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...