Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum...

Ha. ha! Dah 3-4 hari aku tak menulis kat blog ni, gatal pulak tangan nak menaip.

Bukan apa, sebenarnya aku balik kampung rumah mak mertua kat Melaka pada hari Sabtu baru-baru ni. Dah berbulan dengar cerita dia sakit dalam perut, tak lawas buang air besar, tapi kami tak dapat nak balik. Cuti Raya Cina ni aku ambil kesempatan untuk ziarah dia lah.

 Tarian Naga yang pernah aku saksikan secara dekat, kebetulan aku berjalan kat situ. 

Aku yg. duduk kat Temerloh saja je balik ke sana ikut KL. Ikut lebuh raya, walaupun jauh sikit dan kena pula bayar tol tapi tenang sikit. Tak sibuk nak potong memotong. Kira jalan sambil ambil anginlah.

Aku ingat ikut jalan KL ni santai jelah sampai ke Melaka tapi rupa-rupanya selepas Plaza Tol Sg. Besi ke Seremban jamlah pulak.

Tersangkut aku kat situ berjam-jam. Boring jugalah tapi nak buat macam mana. Aku lupa org. ramai keluar dr. KL sebab cuti Tahun Baru Cina.

Kami tak singgah mana-mana tapi sampai kat rumah mak mertua aku di Sg. Siput, Lubuk China hampir pukul 8 malam, sedangkan kami bertolak dari Temerloh lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lama betul, lebih kurang 6-7 jam perjalanan. Kalau aku ikut Triang dgn. perjalanan biasa, lebih kurang 3 jam, sampai dah ke rumah mak mertua aku.

Jumpa sarang pengingat masa merayau belakang rumah mak mertua aku.
Panas betul kat sini. Katanya dah berminggu tak hujan.

Kesian aku tengok mak mertua aku ni. Nampak cengkung je. Maklumlah dan lama makan bubur je, tak boleh makan makanan keras, jadi sembelit.

Bila aku tengok orang sakit ni, mulalah aku terfikir kita ni lemah sangat rupanya. Kita ni kalau Allah tarikkan dia punya nikmat, benda yang mudah pun kita tak boleh nak buat. Sebab itulah kita jangan cepat lupa diri atau kufur nikmat. Semuanya datang dari Allah, jangan fikir bila kita sihat, senang dan sebagainya kerana kehebatan kita saja. Lepas tu sombong macam dunia kita yang punya. Kalau tak diizinkan Allah, kita tak kan ke mana... he he...


Rumah dah siap tapi belum dapat CF lagi.

Bergaya depan rumah baru.

Pada hari Isnin, aku dan isteri pergi tengok rumah kami di Taman Rembia Perkasa. Rumah ni kira rumah kedua kami lah selain rumah di Temerloh ni. Bukan apa orang kata beli rumah ni tak rugi, harga tak turun bahkan boleh melambung tinggi.

Lagipun aku ni kalau cuti sekolah panjang, selalunya akan balik ke Melaka sampai 2-3 minggu. Boring weh tapi nak buat macam mana dah isteri kita nak juga beghado dengan maknya.

Jadi aku beli rumah ni nanti taklah aku lepak lama sangat rumah mak mertua. Aku boleh buat kerja sendiri di rumah baru aku tu.

Rumah tu kira dekat je dgn. rumah mak mertua, naik kereta tak sampai setengah jam. Bolehlah berulang setiap hari.

Aku balik ke Temerloh hari Selasa, bertolak dari sana lebih kurang pukul 3. Balik ikut KL lagi. Aku ni sebenarnya kaki langok. Dah tau jalan ikut KL tu jam tapi ikut juga. Kami singgah di MidValley, Kuala Lumpur. Cadang nak tengok wayang cerita Avatar tp rupanya cerita ni dah tidak ditayangkan lagi. Aku nak tengok sangat cerita ni sebab orang kata cerita ni best sangat. Takpa lah, nanti aku cari DVD, tengok kat rumah jelah.


Lepas tu kami jalan-jalan jelah kat sini sampai tempat ni tutup. Akhirnya aku sampai ke Temerloh semula pada pukul 1 setengah pagi. Ha, ha, puas hati. Alhamdulillah semuanya selamat.

5 ulasan:

  1. lepas ni mudoh la kome nk gi melaka sbb ada rmh rehat free... ke guaner?

    BalasPadam
  2. askum ayh beh..ain ni..nak sampaikan pesan long..almaklumlah long tak reti lagi tenet2 ni.tapi terpengaruh blog2 ni sejak ayh beh n ayh chu tunjuk kat dia.Ari tu antar wan balik umah ayh chu,ayh chu tunjuk gak blog kat long siap amik gambar long masuk kat blog.apalagi sukalah org tu kan excited sguhlah gambar masuk blog.Dia yg dok suh masuk blog ni nak suh sampaikan cdgan dia kat ayh beh..mcm tak leh calling2 kan..saja nak merasa bebblog..Long pesan suh ayh beh bt event utk family.mcm famly gthering gitu.btlah kat cherating ke kat mana2lah yg sesuai kata long.Pembelanjaan btlah collection.Kata long perjumpaan besar cucu cicit kuarga arwah aki sementara wan masih ada..pastu blog kami ni ayh beh tlglah cantik2 kan mcm blog ayh beh ni.ain tak reti nak buta dah..kim salam kat mak beh n asif ye..wassalam

    BalasPadam
  3. Yelah, takkan tak boleh. Bila demeh nok bercuti ke melaka dtglah ambil kunci. Mungkin tak banyak baranglah rumah tu. Kena bawa bekal toto, ha ha ha. Tunggu cf dapat dalam bulan 5/6 ni.

    BalasPadam
  4. shahril ain, ayahbeh dah buat group kat facebook untuk kita bincang pasal apa2lah. Bercuti ke?
    taip je "keluarga pakwe wahid merapoh" kat google, insyaallah jumpa. Joinlah...
    blog tu buatlah slow2. Ayahbeh pun kurang reti. Nantilah lain kali ayahbeh ajar sikit2 mana yg. tau.

    BalasPadam
  5. rumah rembia perkasa tu dah dapat CF pun..tugu kunci jee... nnt teabros call... kami pun beli kat situ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohlah ikut aku!

Catatan Popular

Mohlah jengok!

  • เว็บบาคาร่าที่มาแรงที่สุดแห่งปี 2025 รวมเกม บาคาร่าออนไ […] The post เว็บบาคาร่าที่มาแรงที่สุดแห่งปี 2025 รวมเกม บาคาร่าออนไลน์ aesexy เซ็กซี่เกม appeare...
  • 22 March 2025-23 March 2025(cerita fresh from farm, sebelum ni asyik throwback je) Salam Ramadhan Makcik ajak Daus menginap semalam di Sheraton PJ. Saj...
  • [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUALA LIPIS PAHANG] [image: GAMBAR KLASIK KUAL...
  • Sila muat turun "Syair Perang Musuh Bisik" versi Jawi dalam format PDF, kik DI SINI Untuk muat turun syair dalam bentuk aplikasi Android di Google Play, s...
  • Alhamdulillah... Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membina sebuah rumah untuk isteri aku walaupun hanya rumah kampung je, syukur. Hasrat keluarga mentua a...
  • Hujan lebait enjak malang semalang lagi. Sampei ke siang tak beghenti. Bingit bunyi atak zing. Ander kecak-kecak air ataih lantei. Taghih sikit. Mok s...
  • Koi Orang Pahang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun baru 2016 akan membawa kita kemajuan dan perubahan yang diharapkan.
  • Harga Terbaru Tiket Tambang Bas 1 April 2015 Semua barang naik, harap gaji pun akan naik jugak ah...hahaha..doa banyak - banyak k...
  • Assalamualaikum Salam Dari Raja Beloot Saje nak bagitau yang aku... MASIH HIDUP LAGI Hahahahahahahahahahaha
  • *https://www.youtube.com/watch?v=IbldsUPVveo&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHwA&index=5* https://www.youtube.com/watch?v=MzqNnxmdTGk&list=UU4zhKrEaSXjd6pcVgCgGHw...
  • Assalamualaikum.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mul...
  • Baru-baru ni ramai orang terutamanye yg duduk di Dekroh Bere tersedok kuih bila buletin utama memaparkan berita mengenai pencerobohan kawasan hutan seluas...
  • 27 - 31 Dis 2012 - percutian musim sejuk. Apa taknya - kesejukan teramat sangat bawah 10 degre C.Sebelum berangkat, saya telah dimaklumkan untuk bersiap se...
  • *6 Disember 2012* *setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung* * Ting...
  • ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُ...
  • Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger. InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi. Take care. Pegi open h...
  • *KEBUN HAYAT* *menanam budi* *sekebun hayat* *tumbuh harapnya* *mekar kasih.* *menyiram kasih* *sekebun hayat* *mekar budinya* *seluas sayang.* *menuai ci...
  • بسم الله الرحمن الرحيم Al ikhlas Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
  • Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan...
  • Pemandangan depan rumah Mertua AbgAji di kampung. Takda rezeki balik kali ini semua buah-buahan belum masak lagi. Perdu buluh(baka rebung madu) yang bar...
  • DEERLAND KUALA GANDAH HOSPITAL TEMERLOH  ELEPHANT SANCTUARY KUALA GANDAH PEKAN SEHARI TEMERLOH HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM SANGKAR IKAN PATIN...
  • Untuk panduan yang pertama malam ni saya nak beri panduan berkenaan bagaimana ingin setting shoutmix agar masa yang tertera sama dengan jam yang ada di Mal...
  • Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah: *Teater Natrah...
  • *...orang senang tambah-tambah senang ......(isi tempat kosong)* Kad Kredit 1. Pakai dulu bayar kemudian 2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena intere...
  • *Boya* Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari kelul...
  • Letter from India My dear Bala, I am in a well here and hoping you are also in a well there. I'm writing this letter slowly, because I know you cannot r...
  • Sumber: Malaysian Fishing Net Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun...
  • *Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yan...