Salah satu majlis perkahwinan yang aku hadiri baru-baru ini.
Dalam majlis beginilah orang berkumpul untuk meraikan pengantin termasuklah mereka yang bekerja di perantauan. Ada rakan-rakan atau saudara mara yang dah berpuluh tahun tak jumpa akhirnya bertemu semula di majlis seperti ini. Apabila dah lama tak bertemu, pelbagai perasaanlah yang timbul seperti gembira, segan, dan sebagainya. Maklumlah, selain daripada dah lama tak berjumpa, penampilan, rupa dan saiz masing-masing pun dah banyak berubah.
Pelbagai perkaralah yang dibualkan. Bermula dengan bertanya khabar kawan-kawan lama hinggalah berbual tentang politik dan sebagainya. Ada khabar yang menggembirakan dan ada juga khabar yang sebaliknya.
Kadang-kadang berita itu tidak diduga sama sekali. Yelah, dulu dia ni nampak taklah pandai sangat tetapi dengar-dengarnya sekarang ni dah jadi uasahawan yang berjaya serta berkahwin dengan anak orang kenamaan pula.
Ada pula kawan yang dulunya memang nampak cemerlang di sekolah tetapi tak ke manapun rupanya. Lebih malang lagi ada yang dah macam batang buruk kerana terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya. Lebih mengharukan, ada yang pergi terlebih dahulu daripada aku untuk menghadap yang Maha Esa. Innalillahiwainnairaajiuunn...!
Itulah lumrah kehidupan. Jadi sedarlah aku bahawa terlalu dangkal akal aku untuk menduga sesuatu perkara. Hidup ini rasanya terlalu singkat. Sedar tak sedar kini terlalu banyak menda yang dah berubah.
Entah berapa kerat sahaja lagi orang-orang yang dulunya aku panggil pokteh, makwe, makngah dan sebagainya dapatku lihat di majlis seperti ini. Dahulu merekalah orang yang memeriahkan majlis-majlis seperti ini. Merekalah yang ligat memainkan peranan untuk menjayakan majlis dengan lawak, senda gurau dan sebagainya.
Dah lama aku tak mengukur kelapa ni weh. Zaman aku sekolah menengah dulu, selalulah buat kerja ni menolong mak ayah aku masa di kampung. Sekarang kalau aku nak kelapa tak payah kukur sendiri dah. Beli jelah di kedai. Masa kenduri pertunangan anak saudara aku Huda di Merapoh baru-baru, aku tolonglah mengukur kelapa di rumah akok jang. Banyak juga kelapa yang aku kukur. Rasanya dalam 20 biji tu habislah. Mulanya rasa sakit juga belakang tetapi dalam 10 minit mengukur, sakit tu hilang sendiri je.
Sekarang ramai di kalangan mereka tidak kelihatan lagi. Kebanyakkannya yang aku lihat kini adalah orang-orang baru yang aku sendiri tidak berapa cam. Hanya saling sengih dan senyum sahaja yang dapat diberikan apabila terpandang. Masing-masing berasa segan nak memulakan perbualan dek kerana jarang berjumpa serta kurang mengenali.
Maklumlah zaman aku sekolah rendah, kebanyakkan mereka ini masih belum lahir lagi. Masa aku sekolah menengah pula, kebanyakkan masa aku habiskan di asrama. Pada waktu tu, mereka ini masih kecil dan biasanya aku hanya bertemu mereka apabila sesekali aku balik ke kampung pada musim cuti sekolah. Sekarang mereka dah besar panjang, manalah aku cam sangat rupa mereka yang dah banyak berubah tu.
Ada satu perkaralah yang aku rasa berubah sangat apabila melihat cara orang berpakaian di majlis perkahwinan ini jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Zaman dahulu, rata-rata orang perempuan tidak menjadikan seluar sebagai pakaian mereka untuk pergi ke majlis seumpama ini. Kebanyakkan mereka hanya memakai baju kurung dan kebaya. Pada waktu itu, seluar bagaikan pakaian khas untuk kaum lelaki sahaja. Orang akan memandang jelik jika ada anak dara yang mengenakan seluar ke majlis-majlis seumpama ini.
Kain dalam pula seperti suatu kemestian kepada perempuan apabila mereka berpakaian. Mereka tidak berani atau berasa amat janggal jika berpakain tanpa besertakan kain dalam. Oleh itu tidak hairanlah emak aku yang sudahpun berusia lebih 80 tahun ini masih menjadikan kain dalam sebagai suatu kemestian apabila dia berpakaian. Mungkin dia dah terbiasa dengan cara ini.
Mungkin kain-kain di zaman dahulu terlalu jarang hingga menyebabkan mereka bersikap begitu. Malulah kalau tak pakai kain dalam, nanti nampaklah celahan kangkang lebih-lebih lagi apabila disinari cahaya terang. Adakah itu yang menyebabkan mereka ini memilih kain dalam atau ada sebab-sebab yang lain?
Sekarang ni aku tengok sudah ramai perempuan terutamanya golongan remaja yang memilih seluar untuk ke majlis perkahwinan. Pada aku ini tidak menjadi suatu kesalahan. Di zaman yang serba pantas ini, seluar mungkin lebih sesuai dikenakan kerana lebih selesa untuk mereka melangkah atau bergerak.
Bagaimanapun yang tak masuk akalnya kenapa kebanyakkan mereka ini memilih seluar yang terlalu ketat hingga begitu menampakkan bentuk tubuh masing-masing. Aku rasalah, macam aku tengok perempuan berbogel berjalan di depanku. Semuanya begitu jelas, hanya dibezakan oleh warna seluar dan garis-garis jahitan sahaja. Mengapakah ramai perempuan sekarang ni tak malu sangat! Hancurlah umat Islam kalau macam ni.
Bagi yang memakai baju kurung pula, mengapalah ramai juga yang tak pakai kain dalam. Kain kurung mereka tu jarang-jarang. Aku pula duduk dalam rumah mengadap ke pintu. Bila mereka masuk je, nampaklah celahan kangkang mereka seperti melihat orang berbogel juga. Ada pula yang berdiri lama-lama kat depan pintu tu. Puaslah aku mengawal mata tak nak melihat tayangan percuma di depan mata ni. Dahlah fesyen bajunya singkat-singkat belaka. Mana perginya sifat malu yang sepatutnya lebih menebal pada kaum perempuan.
Takkan mereka tak tau yang mereka ni sedang berbuat dosa secara terang. Sekolah dah berapa tahun takkan ustaz atau ustazah tak ajar. Adakah mak ayah mereka tidak mendidik mereka hingga mereka tidak reti mengenakan pakaian yang lebih bersopan serta diredhai Allah. Semasa di kawasan sekolah elok sangat tetapi bila diluar sekolah, MasyaAllah!
Orang dulu-dulu menjaga benar anak-anak dara mereka daripada sudut pakaian. Kalau tak kena berpakaian alamat kena libaslah atau sekurang-kurangnya kena cubit.
Aku rasa orang lelaki takdalah pakai seluar ketat-ketat sangat macam perempuan ni. Lelaki yang pakai seluar pendek tu ada jugalah aku nampak. Tengok kepada seluar pendek yang dipakai tu gayanya memang fesyen terkini ni. Tak usahlah nak berfesyen sangat sampai tak ingat ke dosa pahala. Bukan anti fesyen tetapi kalau nak berfesyenpun biarlah sesuai dengan kita yang beragama Islam ni.
Wahai saudara-saudari seagamaku. Aku ni bukannya baik sangat tetapi aku risau juga melihat perkembangan dari sudut berpakaian yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Kalau kita dah pakai tak molek macam tu, macam mana kita nak mendidik anak-anak kita berpakain molek nanti.
Kita seorang, anak kita ramai. Anak kita mengikut cara kita. Kalau macam tu rasanya makin lama, makin ramailah orang yang berpakain tak molek macam itu nanti. Oleh kerana itu, semakin terjuruslah umat Islam arah kesesatan khususnya umat di Malaysia yang kita ke cintai ini.
Nak ke kita jadi penyumbang kesesatan di dunia ini. Takut nanti kita tak putus-putus dapat dosa kering walaupun dah mati hasil daripada sumbangan kita ke arah kesesatan itu. Macam orang suruh orang lain buat baik jugalah. Pahala usahanya itu akan berterusan walaupun dia dah mati selagi orang yang mengamalkan suruhannya itu melakukannya. Bahkan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda jika orang itu pula dapat mnyebarkan amalan kebaikan itu kepada orang lain.
Letih dah menaip malam ni. Maaflah kalau ada yang terasa. Akhirnya marilah kita jadikan matlamat hidup kita untuk mencari keredhaan Allah. InsyaAllah!
Kadang2 koi pelik juge.Ande pakaian molek bahan yang terdedoh juge yang de minat.Saje nok nayang2.Puas ngelok semaca de tale nye.
BalasPadamTak terelok dah weh. Kemana pandang ada belaka.
BalasPadamha ha betul juga kata aok tu. nak senang lagi tak payah pakai langsung. jadilah macam kera, lembu, kambing.... mudah dan jimat!
BalasPadamkain dalam tu penting utk seorg wanita
BalasPadamcecite, cecite
BalasPadamLIKE...........................
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA SUMER......KALAU BERAYA DGN BERBAJU KURUNG/KEBAYA TU, RAJIN2 LAH PAKAI KAIN DALAM.....WAJIB PAKAI SEBAB AURAT....
BalasPadam